search
Log In
19 votes
87 views
Sebagaimana ramai yang sedia maklum, dalam tempoh setahun hingga 5 tahun akan mendatang, ramai di kalangan warga JKR yang telah lama berkhidmat dengan Jabatan, yang mempunyai pengalaman yang luas di dalam pengurusan projek dan aset, akan meninggalkan perkhidmatan (persaraan terutamanya).

Apakah langkah-langkah bersesuaian yang boleh diambil oleh pihak Jabatan bagi memastikan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki oleh mereka dapat didokumenkan/disimpan/dikongsi bagi memastikan generasi seterusnya mendapat manafaat?
in Human Resource Management 49,750 points 33 88 176

3 Answers

10 votes
 
Best answer

Pada pandangan saya yang paling senang dan berkesan adalah melantik golongan tersebut sebagai penceramah/pengajar terhadap tajuk yang dianggap kepakaran mereka, kerana melalui proses tersebut sudah pasti mereka perlu:-

  1. menyediakan nota-nota syarahan dimana ia akan menjadi bahan rujukan kemudian hari .
  2. menyampaikan penerangan terhadap nota-nota syarahan tersebut ketika mengajar dan secara terusnya ilmu dan pengalaman mereka akan dikongsi.
  3. sediakan proses amali ditapak jika perlu dan dengan amali itu sudah pasti minda dan kefahaman setiap peserta akan turut terbuka.

Disamping lantikan sebagai pengajar, mereka juga boleh dijemput sebagai special guest speaker di Senior Conference Meeting dimana ia terlibat langsung dengan lebih ramai lagi decision maker dan ketua cawangan dan bahagian lain yang mampu:-

  1. cetuskan idea untuk mengusulkan tajuk tertentu sebagai pembaharuan demi meningkatkan kualiti output jabatan.
  2. melansanakan implementasi pengamalan isu-isu dan tajuk-tajuk tertentu melalui perkongsian ilmu dan pengalaman itu.
  3. mengwujudkan pasukan khas untuk membincangkan dan meningkatkan kualiti pembinaan susulan impak perkongsian tersebut.

Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada mereka yang sudi menyumbang dan berkongsikan pengalaman mereka supaya:-

  1. ia dapat menarik lebih ramai lagi warga JKR untuk menyumbang.
  2. ilmu yang ada pada mereka itu dapat menyumbang untuk peningkatan kualiti mutu kerja dan imej JKR selaku tulang belakang agensi pembangunan.
  3. Kesemua nota-nota syarahan mereka dapat dikumpulkan sebagai rujukan kemudian hari.

48,820 points 106 195 351
selected by
2 votes
Cadangan:

Tubuhkan satu pasukan sukarelawan terdiri beberapa orang dan menemuramah dan bukukan pengalaman mereka.
8,130 points 25 56 91
9 votes

Pada pandangan saya salah satu caranya terbaik perkongsian ilmu. Mungkin CLI dapat merangka satu kaedah yang mana pesara yang dikenal pasti dapat memberi 'talk' atau mengetuai bengkel yang memungkinkan perkongsian ini berlaku. Biasanya, pesara akan lebih bermurah hati untuk berkongsi  pengalaman mereka  dengan kakitangan yang lain selagi Jabatan menunjukkan minat untuk menghargai mereka. 

Selain itu, mungkin program pementoran yang dijalankan saban tahun boleh juga melibatkan mereka. Selama ini program tersebut dipasangkan dengan boss terdekat tetapi mungkin pada masa hadapan jabatan dapat memasangkan mereka dengan pesara. Selain tidak menyusahkan boss yang sememangnya sibuk, pemadanan dengan persara akan lebih berkesan.

Sekadar pandangan.

Terima kasih.

34,630 points 18 61 148
...