search
Log In
14 votes
43 views
Banyak produk delineator dalam pasaran. Macamana nak pilih yang mana satu?
in Technical & Contract Admin 8,130 points 25 56 91
0

kalau jkr boleh pioneer di negara kita teknologi macam ni---> http://heijmans.nl/en/news/pilot-smart-highway-glowing-lines-live/ 

2 Answers

3 votes
Berdasarkan pengalaman menyelenggara lebuhraya bertol, bab memilih produk terbaik adalah agak subjektif. Tambahan pula bila produk tersebut dipasang dalam jajaran yang mempunyai kepadatan trafik yang tidak menentu di lebuhraya.

Memandangkan kebanyakan produk di pasaran adalah menepati banyak ciri-ciri keselamatan, keutuhan produk dan piawaian antarabangsa, antara petua yang digunakan adalah :
1. Ketahanan produk yang bakal digunakan menepati tempoh pemasangan dikehendaki. Antara cara yang digunakan adalah berdasar pemasangan percubaan di sesuatu lokasi dan rekod berapa lama boleh tahan. Mungkin bagi kakitangan JKR adalah payah untuk melaksanakan nya kerana isu pertukaran pegawai tetapi saya percaya rekod pemasangan boleh digunakan. Perlu diingat, produk A mungkin bagus di kawasan A, namun belum tentu baik di kawasan B.
2. Senang dicari ganti. Antara pilihan utama saya dahulu ialah ianya dapat diperolehi dengan mudah jika terdapat keperluan untuk pengantian kecemasan.
3. Paling penting juga adalah kos yang bakal dikeluarkan.
4. Kesesuian sesuatu produk bagi sesuatu lokasi.
34,630 points 18 61 148
1 vote
Samb..

Walau bagaimana pun, kualiti pavemen dan pemasangan produk juga amat penting selain jenis aliran trafik sesuatu jalan.

Secara kasarnya, kebanyakan produk adalah memenuhi kehendak piawaian dan pasaran, menentukan produk terbaik adalah berdasarkan faktor kesesuaian lokasi dan peruntukan. Paling baik ialah sejarah produk terdahulu menjadi ukuran memandangkan tidak semua produk sesuai untuk semua lokasi.

Sekadar perkongsian pengalaman..
34,630 points 18 61 148
...