search
Log In
14 votes
45 views
in Safety Audit 230 points 1 1 3

1 Answer

3 votes
Tuan Hasim, sememangnya pencahayaan jalan adalah amat penting bagi memastikan keselamatan Jalanraya. Roadline juga salah satu daripada pencahayaan jalan bagi tujuan keselamatan. Dalam konteks audit keselamatan jalan, semua aspek seperti keadaan jalan, rekabentuk jalan, pencahayaan jalan, safety signboard dll akan diaudit dan tujuannya adalah satu iaitu KESELAMATAN kepada pengguna.

Perlaksanaan di Malaysia, penumpuan pembaikan akan ditumpukan kepada kawasan "Black Spot". Ini adalah kerana kekangan kepada peruntukan. Bagi membantu kerajaan dalam menangani keselamatan Jalanraya, peranan pengguna juga adalah penting. Contohnya pengguna motosikal perlulah mengenakan baju yang boleh memantul cahaya (vest keselamatan). Manakala kenderaan lain seperti kereta dan kenderaan berat perlu masmastikan sistem lampunya berfungsi sepenuhnya. Bagi penternak haiwan peliharaan pula perlu memastikan haiwannya tidak berkeliaran di jalan raya pada waktu malam.

Untuk kawasan perumahan, persatuan penduduk boleh mengusahakan lampu jalan pada kawasan persimpangan.

Jadi bagi saya, tanggungjawab keselamatan jalanraya ini terletak kepada semua dan tidak hanya bergantung kepada kerajaan semata-mata.

Sekian, terimakasih
27,610 points 73 158 200
...