Saya bukanlah SME dalam rekabentuk jalan namun ingin berkongsi pengalaman sebagai salah seorang Ketua Unit Penyelenggaraan Respon di salah sebuah konsesi Lebuhraya bertol di Lembah Klang.
Saya tidak pasti tahap pengunanaan ATJ dalam rekabentuk jalan bertol yang hangat memperkatakan isu lorong kecemasan. Secara harfiah menurut AT (J) memang tidak merujuk lorong paling kiri sebagai lorong kecemasan malah kebanyakan lebuhraya, semasa pembinaan kami mengelarnya sebagai "pave shoulder" dan mempunyai ciri rekabentuk sama dengan "main lane". Rasanya dalam tahun awal 90an baru ujud lorong kecemaasn sejajar dengan arahan "dilarang berhenti kecuali kecemasan" dan "denda 300" akibat kemalangan dengan kenderaan berhenti dilebuhraya. Bermula dari situ, (betulkan saya jika tersilap), lorong paling kiri tersebut dikenali sebagai lorong kecemasan.
Utk pengatahuan juga, sebelum tahun 1996 - 1997, memotong barisan, potong sebelah kiri, ikut lorong "kecemasan" tidak menjadi kesalahan sehingga satu akta dikuatkuasakan (tak ingat) bagi membendung kesalahan tersebut yang dipercayai penyebab utama kemalangan dan kesesakkan lalu lintas.
Saya masih ingat, semasa pembinaan tambahan 3 lorong Lebuhraya Seremban - KL, saya adalah antara yang selalu ikut lorong paling kiri, maklumlah jiwa muda, namun selepas penguatkuasaan larangan tersebut, tak buat dah.
Jadi, pada pandangan saya, penamaan lorong adalah tidak menjadi isu dalam kejuruteraan namun berdasarkan pengatahuan saya, di lebuhraya, lorong kecemasan adalah lorong yang sama dari segi rekabentuk.
mungkin ada pandangan lain yang lebih bernas.