search
Log In
16 votes
28 views

Sudahkah “Quality Assessment System For Completed Road Works” yang disyorkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah diamalkan sebagai satu praktik pengukuran untuk semakan kualiti output kontraktor bagi sesuatu projek jalan?

Andai telah dilaksanakan amalannya, adakah markah yang diperolehi oleh sesebuah syarikat pembinaan itu akan dijadikan sebagai satu rujukan pengukuran asas untuk projek-projek jalan yang lain dalam proses Tender Evualtion?

in Quality Management 49,040 points 106 197 355

1 Answer

5 votes
 
Best answer

Mr Tan,

Pada saya, JKR telah praktik Quality Acceptance ini dah lama. Tak silap saya ianya dinamakan "Acceptance Criteria" bagi projek jalan. "Acceptance Criteria ini di bawah seliaan CSFJ. Mana-mana projek jalan yang siap pembinaan akan di audit menggunakan kriteria "Acceptance Criteria" ini sebelumnya projek itu boleh diterima.

Bagi di bawah CIDB, "Quality Assessment System For Completed Road Works" ini ialah pada CIS19 tahun 2011. Dan seingat saya belum ada arahan samada KPKR atau lain-lain yang mengeluarkan wajib mematuhi CIS 19 ini.

Apa yang saya faham, CIS 19 ini juga ada merujuk kepada "Acceptance Criteria yang JKR sediakan.

Berkenaan Arahan KPKR mengenai Kualiti, pernah dikeluarkan semasa era Mantan KPKR Dato Sri Ir Dr Wahid berkenaan Quality Assurance Plan. Arahan KPKR ini bertujuan untuk memastikan Kualiti pembinaan mematuhi sepertimana dalam kontrak..., tak silap saya beberapa keperluan dalam kontrak juga dimasukkan.

Bagi memastikan Kualiti juga, JKR (SO) perlu mengambil beberapa tindakan lagi memastikan selepas cpc dikeluarkan iaitu DLP dan CMGD. SO perlu menggunakan peruntukan ini sebelum BON atau WJP dilepaskan.

Kontrak yang kita ada boleh dikatakan mencukupi untuk memastikan kualiti pembinaan sepertimana yang direkabentuk di patuhi.

Sekadar pandangan saja. 

Terimakasih

27,610 points 73 158 200
selected by
0

Soalan saya lebih menjurus kepada adakah markah yang diperolehi oleh sesebuah syarikat pembinaan melalui “Quality Assessment System For Completed Road Works” yang diamalkan oleh CIDB itu itu akan dijadikan sebagai satu rujukan pengukuran asas untuk projek-projek jalan yang lain dalam proses Tender Evualtion?

0
Rujuk Para 2 pada Jawapan, tiada arahan penggunaan CIS19, so sepengetahuan saya, perkara ini tiada berkait dengan Tender Evaluation.
0

saya rasa Mr Tan maksudkan Qlassic & Shassic Awareness Bagi Pembinaan Jalan dari pihak CIDB. saya sangat setuju kalau dijadikan satu rujukan pengukuran asas untuk proses Tender Evaluation. Kita akan dapat kontraktor yang menyiapkan projek dengan kualiti yang baik.

...