Mr Tan,
Pada saya, JKR telah praktik Quality Acceptance ini dah lama. Tak silap saya ianya dinamakan "Acceptance Criteria" bagi projek jalan. "Acceptance Criteria ini di bawah seliaan CSFJ. Mana-mana projek jalan yang siap pembinaan akan di audit menggunakan kriteria "Acceptance Criteria" ini sebelumnya projek itu boleh diterima.
Bagi di bawah CIDB, "Quality Assessment System For Completed Road Works" ini ialah pada CIS19 tahun 2011. Dan seingat saya belum ada arahan samada KPKR atau lain-lain yang mengeluarkan wajib mematuhi CIS 19 ini.
Apa yang saya faham, CIS 19 ini juga ada merujuk kepada "Acceptance Criteria yang JKR sediakan.
Berkenaan Arahan KPKR mengenai Kualiti, pernah dikeluarkan semasa era Mantan KPKR Dato Sri Ir Dr Wahid berkenaan Quality Assurance Plan. Arahan KPKR ini bertujuan untuk memastikan Kualiti pembinaan mematuhi sepertimana dalam kontrak..., tak silap saya beberapa keperluan dalam kontrak juga dimasukkan.
Bagi memastikan Kualiti juga, JKR (SO) perlu mengambil beberapa tindakan lagi memastikan selepas cpc dikeluarkan iaitu DLP dan CMGD. SO perlu menggunakan peruntukan ini sebelum BON atau WJP dilepaskan.
Kontrak yang kita ada boleh dikatakan mencukupi untuk memastikan kualiti pembinaan sepertimana yang direkabentuk di patuhi.
Sekadar pandangan saja.
Terimakasih