search
Log In
21 votes
91 views
in Project Management 23,840 points 32 79 152

1 Answer

10 votes
Melalui pengalaman yang dilalui sepanjang perkhidmatan, saya berpendapat bahawa perkara-perkara dan isu-isu berikut perlu diperhalusi dan diteliti dengan dalamnya sebelum kita memberi pandangan berkaitan dengan kelebihan / kebaikan atau kelemahan / keburukan dalam pelaksanaan projek2 secara Reka & Bina.
1.    Amalan
a.    Adakah dan mampukah perunding dan kontraktor melaksanakan proses pembinaan mengikut amalan yang sediada dalam urusan harian JKR terutamanya terhadap isu-isu berkaitan dengan SOP pengurusan pembinaan dan penguatkuasaan perkeliling KPKR?
b.    Apakah kefahaman mereka terhadap implimentasi amalan tersebut secara praktiknya mencukupi dan betul?

2.    Lukisan perincian
a.    Bagaimana untuk mengatasi masalah ketepatan lukisan perincian terutama berkaitan dengan isu konsistansi dan pengamalan terkini yang telah dalam proses pengamalan oleh pihak JKR?
b.    Adakah perincian lukisan yang dibekalkan akan mengatasi masalah senggara?
c.    Adakah syor cadangan penggunaan bahan itu tetap dan cost effective?
d.    Adakah syor cadangan alternative design itu mendapat kelulusan secara sah oleh HOPT atau HODT?
e.    Sudahkan lukisan perincian alternative design itu dikemaskini sebagai sebahagian dokumen penyerahan mengikut Perkeliling KPKR 8/2009?

3.    Spesifikasi
a.    Apakah kandungan atau penggunaan spesifikasi itu tidak rapuh mengikut aliran zaman pembinaan?
b.    Adakah syor penggunaan bahan baru telah mendapat kelulusan dan telah mendapat persijilan SIRIM?
c.    Perlukah proses pengsijilan terhadap penggunan bahan baru itu dilaksanakan dan bagaimana untuk mempraktikan jaminannya jika terbabit dengan penggunaan bahan atau teknologi baru?


4.    Rujukan teknikal
a.    Adakah perincian dan amalan rekabentuk merujuk kepada:-
i.    Arahan Teknik Jalan
ii.    Panduan dalam REAM
iii.    Term of Reference rekabentuk jambatan.
iv.    EURO codes.
b.    Apakah amalan mengikut rujukan tersebut di atas adalah tepat dan senarai rujukan semakan telah disediakan?

5.    Peranan wakil P.D. atau P.D.
a.    Adakah wakil P.D. atau P.D. diberi latihan yang secukupnya?
b.    Apakah kefahaman mereka terhadap amalan kontrak, SOP dan arahan perkeliling KPKR mencukupi?
c.    Adakah rujukan amalan tersebut dalam bentuk buku yang telah tersusun dengan rapi dan kemaskini?

6.    Penyuraian pasukan projek
a.    Apakah tindakan dan perancangan mitigasi untuk mengatasi soal atau isu berkaitan dengan penutupan NCR/NCP sepajang tempuh tanggungan kecacatan (DLP) kerana pasukan projek telah bersurai?
b.    Bagaimana untuk mengatasi masalah terhadap kesukaran untuk mendapat informasi dan maklumat projek yang terkini ketika pasukan projek tersebut disuraikan andai proses penyimpanan dokumensi ditapak tidak dilaksanakan dengan betul mengikut amalan JKR?

7.    Tapisan pengambilan pasukan teknikal perunding
a.    Bagaimana tapisan pengambilan atau lantikan wakil dikalangan wakil perunding dan perwakilan kontraktor mengikut kehendak bidang dan pengalaman dilaksanakan dengan betul dan efektif?
b.    Haruskah JKR mengwujudkan satu sistem pengakalan data untuk menyimpan rekod pekerja professional dan teknikal swasta untuk dijadikan sebagai rujukan dalam proses pengambilan mereka sebagai lantikan wakil perunding?

8.    Kesilapan berulang
a.    Bagaimana JKR boleh mengatasi masalah “kesilapan yang berulang” terutama perihal isu lukisan perincian dan kaedah pembinaan diprojek-projek yang berbeda jika perunding dan kontraktor dari kalangan pasukan yang sama.
b.    Bagaimana JKR dapat membantu untuk mengatasi kesukaran untuk memperolehi informasi Lesson Learned melalui ulangan kesilapan yang pernah berlaku sebagai rujukan untuk pembaharuan?
48,820 points 106 195 351
0

Perkongsian yang amat baik 

...