Walaupun ketua silih berganti,
Pemegang amanah memimpin Jabatan,
Apa dinukil amatlah dinanti,
Untuk diterap menjadi ikutan.
Apa dinukil amatlah dinanti,
Memberi semangat untuk berjuang,
Terapkan kata-kata jauh dihati,
Supaya mutu dapat dijulang.
Terapkan kata-kata jauh dihati,
Hidup beramanah jalan bijak,
Agar hidup penuh integriti,
Semoga bertuah bumi dipijak.
Agar hidup penuh integriti,
Jangan maruah senang beri,
Ramai sungguh mahu kita mati,
Supaya mereka dapat berdiri.
Supaya mereka dapat berdiri,
Menjarah tugas yang kita galas,
Bukan itu yang kita cari,
Jalankanlah tugas tanpa culas.
Jalankan tugas tanpa culas,
Rapatkan perpaduan luruskan fikiran,
Agar berjaya beban digalas,
Menjadi contoh lain-lain jabatan.