Sekadar memberi pandangan..
Agak sukar untuk dinyatakan kebenaran kenyataan "Selepas IKRAM tiada, JKR semacam hilang arah dalam membentuk kepakaran". Ini kerana pada pandangan saya, kemahiran dan kepakaran yang wujud di IKRAM itu sendiri dari usaha gigih warga JKR sehingga ianya mampu berdaya saing dan menambat hati para pelabur yang berkepentingan. Jadi amat terkilan kiranya kita meletakkan sesuatu yang picisan untuk menyandarkan kepincangan Jabatan memacu dan membendung kemahiran yang sememangnya diperolehi oleh warga Jabatan sendiri.
Seharusnya, pengurusan melihat penyaluran kecemerlangan berterusan sama ada wujud atau tidak satu badan atau entiti yang khusus untuk tugas tersebut. Mungkin sudah sampai ketikanya JKR perlu berusaha untuk kembali menjadi 'standing supervisor' dalam setiap tugas dan projek yang dijalankan. Berdasarkan pengalaman, semasa mula-mula menyertai dunia pembinaan (kontraktor-pembinaan Masjid Taman Setiawangasa), JKR mempunyai wakil ditapak yang mengawasi pembinaan. Namun sekarang agak sukar untuk mempunyai wakil JKR terutama bagi projek di daerah.
Isu utama bukanlah melihat/pemantauan ditapak, tetapi pelajaran yang bakal diperolehi semasa melihat kerja-kerja dilaksanakan. Pernah saya mengikuti satu audit SPB bagi anugerah projek JKR, ada wakil ditapak (PTB) bila ditanya tidak tahu bagaimana memastikan dinding tidak sengget. bayangkan.. apalah agaknya nasib projek tersebut..
Jadi pada pandangan saya, sama ada wujud IKRAM atau CREaTE atau apa pun, paling penting warga JKR perlu menukar serta merubah mentaliti dan cara bekerja. Terutama bagi kumpulan sokongan, walau pun mereka Lantikan KKR atau pun Lantikan Negeri mereka juga membawa lambang JKR. Bersamalah kita berpakat dan bermuafakat, merapatkan bahu berganding keringat dan buah fikiran mengembalikan kegemilangan JKR.
Namun dengan adanya CREaTE, mudahan segala kepakaran yang digembeling dapat dibendung dan disalur semula kepada warga JKR tidak kira pihak pengurusan mahupun kumpulan sokongan.