search
Log In
26 votes
85 views
Boleh dilihat banyak projek-projek pembinaan giat dijalankan di sepanjang jalan raya, tidak kira sama ada jalan persekutuan atau jalan negeri. Sebahagian daripada projek-projek tersebut adalah projek-projek swasta (perumahan, kedai pejabat, dll).

Apa yang dikesalkan ialah kenderaan berat (lori/ jentera) yang keluar dan masuk dari/ ke tapak bina menyebarkan kotoran/ debu/ lumpur tanpa kawalan yang bukan sahaja menjejaskan kesihatan, malah menyebabkan struktur jalan mengalami kerosakan. Perabot jalan (terutamanya yang ada delineator/ reflector) dan papan tanda/ tunjuk arah juga boleh dikatakan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Projek-projek pembinaan di bawah seliaan JKR selalunya (tetapi bukan semua) tidak memberikan masalah ini kerana penekanan penggunaan dan penyenggaraan wash through atau lain-lain mekanisme kawalan pencemaran alam sekitar yang baik. Walau babagimanapun, kebanyakan tapak bina swasta dilihat amatlah longgar atau langsung tiada apa-apa langkah kawalan.

Apabila berlaku kerosakan jalan, JKR pula yang sering disalahkan.

Can we do something?
Sediakan akta Kerja Raya, maybe, that can force them to do what is a must?
in Quality Management 2,780 points 3 16 31

3 Answers

8 votes

Ada 3 perkara yang perlu dibincangkan dalam perkara ini.

1. Specification Compliance semasa road construction

2. Maintenance ( Routine & Periodic)

3. Penguatkuasaan (JPJ, Polis, SPAD)

4. Attitude

1. Specification Compliance
Quality road construction amat tidak memuaskan. Spec Jalan JKR cukup lengkap. Arahan Teknik Jalan sentiasa ditambahbaik dari masa ke semasa mengikut keperluan teknologi. Yang penting SO and Team yang bertanggungjawab perlu memastikan pematuhan terhadap spec ini adalah 100%. Projek Jalan yang gagal mematuhi spec tidak seharusnya diterima. Acceptance criteria yang dipraktikkan oleh Senggara perlu diperketatkan.

2. Maintenance (Routine & Periodic)
Pavement Jalan mempunyai Jangka hayat, so perlu dilaksanakan kerja maintenance. Routine maintenance seperti patching potholes dan crack sealing perlu dilaksanakan dan peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepadanya. Bagi Periodic maintenance, Jalan yang  memerlukan pembaikan seperti resurfacing semula perlu di rancang sebaiknya dan perlu dilaksanakan bagi mengelakkan kerosakan yang makain kritikal dan menyebabkan peruntukan yang amat tinggi diperlukan. Dalam hal ini satu system database yang intelligent amat diperlukan supaya pemantauan dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Peruntukan Maintenance ini amat penting terutamanya kepada Pavement. Malaysia tidak sekaya Brunei atau Sesetengah Negara Timur Tengah. So peruntukan yang ada perlu diperuntukkan mengikut keperluan. Mencantikan Jalan amat penting tapi perlu utamakan keselamatan dulu. Ada sesetengah tempat saya Nampak perbelanjaan maintenance tidak kepada yang sepatutnya sebagai contoh, pemasangan Road Stud pada kawasan yang telah mempunyai Lampu Jalan.

3. Penguatkuasaan (JPJ, SPAD, Polis)
JKR hanya melaksana, yang menguatkuasa akta ada pada mereka (JPJ, Polis dan SPAD). Kebanyakan kerosakan jalan adalah disebabkan oleh kenderaan yang lebih muatan.

JKR antara yang sediakan akta jalan dan dalamnya ada Weight Restriction Order(WRO), so jadi tanggungjawab JPJ, SPAD dan polis untuk menguatkuasakannya. JKR ada diseluruh Malaysaia (Negeri dan Daerah) boleh membantu dari segi bagi maklumat kepada ajensi penguatkuasa ini. Bagi kawasan pembinaan, akta yang ada seperti keselamatan dan persekitaran adalah cukup jelas dan yang tinggal hanyalah PENGUATKUASAAN sahaja.

Kerja pengorekan oleh Utiliti juga perlu diperketatkan pengeluaran permit. JKR Daerah boleh memainkan peranan penting dalam perkara ini.

4. Attitude
Mereka yang bertanggungjawab terhadap Jalan perlu ada rasa sayang kepada asset ini. Jika lihat pengorekan yang dilaksanakan oleh syarikat utility yang tiada permit, menjadi tanggung jawab JKR Daerah mengambil tindakan selanjutnya.

Sekian, dulu untuk perkongsian

Terimakasih

Mohd Fairuz Muhamad

27,310 points 73 158 200
6 votes

Projek pembangunan oleh pihak swasta terutamanya perumahan, komersil, industri dll diluluskan melalui OSC peringkat Daerah atau Negeri. Akta yang regulate JKR ada 2 iaitu Akta Jalan Persekutuan 1959 (Akta 376) dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333 Sek. 85(1)

Mengikut apa yang dilaksanakan semasa saya bertugas di daerah (bagi rizab jalan JKR);

  1. Kelulusan Kebenaran Merancang diberikan oleh JKR Negeri melalui OSC Daerah 
  2. Selepas KM diterima, pemaju mempunyai tempoh 2 tahun bagi mendapatkan sokongan dari Pihak Berkuasa Tempatan untuk kelulusan Pelan Bangunan dan Pelan Kerja Tanah 
  3. Selepas mendapat ulasan dari agensi teknikal dan kelulusan diberikan untuk memulakan kerja, di dalam Pelan Kerja Tanah biasanya ada disyaratkan pembinaan wash through 
  4. Wakil Daerah perlu rajin meronda (konsesi?) dan sekiranya didapati terdapat pelanggaran syarat - syarat kelulusan maka hantarlah surat ke OSC untuk maklumkan JKR mengarahkan pembinaan tersebut diberhentikan sehingga mematuhi syarat - syarat yang ditetapkan oleh JKR. Janganlah bagi surat sekeping jer kata tiada halangan, Nyatakan skali syarat JKR apa? Skop senggara jalan apa dia? depa bukan tau JKR nak apa kalau sekeping jer hangpa bagi kat depa...
  5. Pemaju berdegil, buat laporan polis utk melindungi kepentingan JKR sekiranya terdapat insiden kemalangan dan hantar salinan tu ke Pejabat PUU negeri/ Persekutuan
  6. Pemaju berdegil lagi, bangkitkan dalam mesyuarat OSC utk membekukan pembinaan di tapak sehingga syarat - syarat dipenuhi.
  7. Apa yang menjadi isu adalah org JKR mengharapkan pemaju memahami kehendak JKR walhal tiada komunikasi di antara dua orang ni. Setakat yg pernah buat, pemaju are willing to fulfilled JKR request as long as its within the limit of work projek depa. Jangan buat langsi, projek kat Sek.11 suruh pi baiki kat Sek. 14, siapa nak?
  8.  Pastikan pihak JKR daerah memahami limit of work berdasarkan scope pembangunan yang diluluskan. 
  9. ulasan semasa pelan jalan dan parit amat kritikal dan amat membantu sekiranya terdapat keperluan menaiktaraf persimpangan sedia ada. pastikan faham borang ATJ 3/2011 muka surat 5 - 13 bukan setakat 1 - 4 sahaja. Di sini kita tentukan & locked limit of work.

Sekian, maaf bukan ayat baku. 

11,620 points 10 33 80
edited by
0
Terima kasih tuan komen yg membantu
3 votes

Sekadar memberi pandangan......

Ada beberapa isu dan perkara yang perlu diperhalusi:-

  • Terlebih dahulu kita perlu kaji perbedaan dari aspek TOR kehendak rekabentuk jalan yang diamalkan di JKR dan di PBT.
  • Apakah akta yang sediada sudah mencukupi untuk mengatasi masalah tersebut?
  • Apakah punca kuasa yang ada pada JKR dan PBT untuk mengambil tindakan terhadap kenderaan berat yang diluar jadual kelulusan Axle Configuration?
  • Adakan JKR dan PBT terwujud pasukan penguatkuasa dan bagaimana pulah dengan punca kuasa yang membolehkan mereka bertindak?
  • Andai ada, adakah mereka merujukkan kepada panduan akta yang sama?
48,840 points 106 195 351
...