search
Log In
26 votes
135 views
in Technical & Contract Admin 270 points 2 3 4
0
Bissmillahirrahmanirrohim....

Pada pandangan saya, mengikut bahasa mudahnya, kebanyakan projek JKR yg menyumbangkan kpd VO adalah seperti berikut:-
1)pengesahan skop kerja dgn pihak pelanggan berserta user kurang jelas...apa yg pelanggan nak...lain yg JKR offer
2)Rekabentuk Sistem M&E dan juga skop lain yg tidak complete..cuma ada floor plan shj...tiada sectional plan...Kebanyakan Lukisan Floor plan arkitek tidak sama dgn displin lain sbg Rujukan rekabentuk sistem berkaitan. Lukisan perlu comply dengan Kehendak PBT setempat.
3) Penilaian Teknikal semasa Penilaian Tender perlu detail..tlg reject mana2 pentender yg tak comply or mintak Tender Clarification during Tender Evaluation
 
ade lagi faktor lain...tapi kalau boleh setel yg 3 perkara td..inshaAllah...less VO or Zero VO dan Tiada EOT barangkali...ok tq

3 Answers

11 votes
1. Peringkat Perancangan - Pihak klien perlu kemuka brif projek yang tepat & lengkap supaya skop kerja2 yang akan dilaksana adalah memenuhi keperluan pelanggan/enduser tanpa ada  pindaan besar.

2. Peringkat Rekabentuk - Pihak HOPT & HODTs perlu memastikan pihak pelanggan/enduser bersetuju dan berpuas hati  dengan rekabentuk2  dan lukisan2 pembinaan  yang mana mesti di muktamadkan sebelum kerja2 pembinaan di mulakan.

3. Peringkat Perolehan -  Dalam penyediaan BQ,  pihak Jurukur Bahan  perlu ada penyelarasan baik dengan pihak disiplin2 lain yang terlibat supaya tidak ada percanggahan2 antara BQ dengan lukisan2 rekabentuk.

4. Peringkat Pembinaan - Pihak PP mesti pastikan kerja2 pembinaan di laksana mengikut lukisan2 pembinaan yang diluluskan& spesifikasi2 kontrak yang telah ditetapkan.

Adalah diharap cadangan tindakan2 diatas  sepatutnya menjadi sebahagian dari amalan2 dalam pengurusan projek yang baik/efektif untuk mengurangkan/ zero VO dalam projek2 JKR...InshaAllah...
23,840 points 32 79 152
5 votes

Perubahan Kerja atau VO berlaku apabila terdapat sebarang perubahan, pertukaran, pertambahan atau pengurangan ke atas skop kerja asal yang terdapat pada sesuatu projek.

Kesan dari berlaku Perubahan Kerja (VO) akan menyebabkan perkara-perkara berikut berlaku:

  • Akan berlaku pertambahan atau pengurangan kos asal kontrak
  • Tempoh masa penyiapan kerja akan bertambah daripada tempoh siap asal

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Perubahan Kerja (VO) yang diantaranya adalah:-

  • Arahan daripada Pegawai Penguasa (SO)
  • Permintaan dari Pelanggan atau End User
  • Bagi menyesuaikan skop kerja asal dengan keadaan ditapak
  • Berlaku perubahan lokasi kerja
  • Bagi memenuhi dan mengikut keperluan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
17,030 points 20 43 120
3 votes
Proses Pra Kontrak mesti lancar dan selesai 100%
4,410 points 3 15 55
...