search
Log In
13 votes
53 views
Bagi tujuan untuk mendapat sijil pentauliahan calibration terhadap panel kawalan letrik seperti MCCB, ELR, ACB, Freq Meter  di dalam Bilik Pam Air Bersih.
in Assets & Facilities Management 17,030 points 20 43 120

4 Answers

2 votes

Berdasarkan pengalaman saya, sebarang kerja tentu-sah "calibration" panel kawalan terutama yang melibatkan pepasangan elektrik tidak kira sama ada panel tersebut mengawal motor atau bekalan kuasa adalah dibawah bidang elektrik dan itu yang saya amalkan semasa mengetuai unit penyelenggaraan di sektor swasta dan apa yang saya amalkan kini semasa mengepalai unit Pembangunan dan Penyelenggaraan Politeknik Merlimau.

Antara sebab utama ialah kerana Perakuan Orang Kompeten termasuk Chargeman/wireman bagi menyelia dan menentu-sahkan semua kelengakapan elektrik adalah dibawah kawalan Suruhanjaya Tenaga yang lebih tepat lagi dilaksanakan dalam bidang elektrik.

Jika merujuk kepada keperluan pendaftaran CIDB, terdapat 2 bidang yang hampir sama iaitu dalam mekanikal sebagai M04 dan Elektrik E03 - (Pemasangan dan penyenggaraan sistem automasi bangunan, perindustrian dan sistem kawalan proses termasuk pemasangan dan penyenggaraan mikro pemproses atau sistem kawalan bangunan berkomputer dan sistem kawalan proses perindustrian. )

Ini bermakna kontraktor M04 adalah setara dengan E03, Namun jika pendaftaran adalah dibawah E03, kontraktor perlu mempunyai orang kompeten yang berdaftar dengan Suruhanjaya tenaga, dan tentulah baik kerana kecekapannya boleh disandarkan jika terdapat pincang tugas. Makna boleh pegang la chargemen tu..

Oleh yang demikian, saya berpandangan bagi kerja-kerja penentusah panel kawalan adalah sebaiknya -baiknya dilaksanakan oleh orang kompeten (elektrik) dan kerja berkaitan pum itu sendiri diserahkan kepada disiplin mekanikal jika berlaku kerosakkan.

Itulah yang diamalkan oleh saya namun, mungkin ada pandangan lain yang lebih tepat.. 

34,670 points 18 61 148
0
Untuk makluman tuan, apa yang berlaku kini semasa kerja-kerja senggaraan berkala dilaksanakan, sekiranya panel kawalan tersebut di dalam rumah pam (mekanikal) maka kerja-kerja penentukuran akan dilaksanakan oleh kontraktor mekanikal.  Tetapi kontraktor ini perlu melantik orang kompeten yang berkelayakan untuk melaksanakannya.
4 votes
Assalamualaikum...

Selalunya dalam rekabentuk diantara disiplin selalu berlaku pertembungan bagi penentuan kerja terutama yang melibatkan M&E...

Selalunya bagi menetukan tanggungjawab antara elektrik dan mekanikal memang sudah diputuskan semasa peringkat rekabentuk lagi.. Bagi kerja Elektrikal memang termasuk kerja Mccb dab Board Elektrik di bilik Elektrik.. Tetapi bagi beban @ load yang melibatkan mekanikal seperti pum.. Pihak Elektrik akan membekalkan 1 Isolator untuk beban berkenaan..

Pihak mekanikal akan sambung dari isolator ke Control panel beban berkenaan.

Hal ini bagi memudahkan penentuan tanggungjawab kerja senggara..Untuk lebih mudah difahami, Bekalan elektrik dari board Elektrik sehingga Isolator adalah dibawah tanggungjawab pihak elektrik manakala kerja pihak mekanikal, bermula selepas isolator sehingga beban berkenaan seperti pam, outdoor unit.

Untuk makluman ACB (Air Circuit Breker) tidak diletakan didalam bilik pam kerana peralatan berkenaan hanya boleh diakses oleh orang yang kompeten yang telah ditauliah oleh Suruhanjaya Tenaga.. Selalunya ACB diletakan di Bilik MSB..


Terima Kasih
27,320 points 38 98 203
0

Terima kasih di atas penerangan tersebut....smiley Tetapi pekara yang menimbulkan kemusykilan apabila kerja-kerja senggaraan dilaksanakan. Di mana sekiranya Panel Kawalan Elektrik berada di dalam Rumah Pam maka kerja-kerja pembaikan atau baikpulih di atas tanggungjawab displin mekanikal. Begitu ke norms JKR?

2 votes
Ya. Berdasarkan pembahagian seperti di atas... Selalunya Disiplin Elektrik hanya mengambil tanggungjawab dari Board Elektrik di Bilik MSB sehingga Isolator sahaja.

Kes ini sama seperti semasa pembekalan peralatan berkenaan.. Panel Elektrik bagi Motor di Rumah Pam dibawah Disiplin Mekanikal.

Tetapi pihak puan boleh memohon bantuan wakil elektrik untuk membantu untuk kebaikan jabatan.
27,320 points 38 98 203
1 vote
Kompentensi skop penentukuran: Di bawah kontraktor perkhidmatan elektrik yang dilantik.

Tanggungjawab memastikan penentukuran kepada peralatan dilaksana: Pemunya pepasangan.

Tanggungjawab pihak yang memberi bekalan elektrik (cth dari MSB): memastikan sistem perlindungan beban yang tersambung telah ditatah dengan grading yang betul, serta telah dilaksana penentukuran. Ini bagi mengelakkan gangguan kepada upstream dan seterusnya mengganggu bekalan elektrik di kawasan lain sekiranya berlaku arus kerosakan.

Merujuk kepada soalan, pemunya kelengkapan yang bertanggungjawab perlu memastikan penentukuran dilaksana. Persoalan samada kompentensi pemunya perlu ada bagi menentukan kerja dilaksana dengan betul tidak menjadi isu yang besar. Ini kerana Suruhanjaya Tenaga telah pun menyenaraikan kontraktor-kontraktor perkhidmatan elektrik yang bertauliah. Kontraktor perkhidmatan elektrik lah yang memegang tanggungjawab bagi memastikan kerja penentukuran dilaksana dengan betul.

Namun, seperti saranan En. Khudri, sekiranya ada kesempatan, adalah lebih baik juga untuk pemunya rujuk kepada unit elektrik sebagai cross check sekiranya terdapat keraguan terhadap kontraktor perkhidmatan elektrik.
2,430 points 3 10 19
...