search
Log In
25 votes
116 views
Adakah pihak JKR pernah buat kajian perbandingan kos projek yang dilaksanakan secara IBS berbanding dengan secara konvensional?
in Contract Management 23,840 points 32 79 152
3
Kalau belum ada, boleh lah dijadikan tajuk untuk Master Research bagi yang berminat.

3 Answers

4 votes
Rasanya perbandingan langsung terhadap rekabentuk sukar dibuat kerana rekabentuknya sahaja sudah berbeza. Mungkin boleh buat perbandingan kos untuk functional.
370 points 6
3 votes

Sekadar memberi pandangan.....

Pada pandangan saya jika JKR ingin melaksanakan perbandingan kos, ia harus membuat bandingan terhadap projek yang mempunyai:-

  • Rekabentuk yang sama - supaya perbandingan yang teliti boleh dibuat terhadap kos rangka struktur dari jenis cast in-situ berbanding dengan jenis IBS.
  • Keadaan terrain tanah yang hampir serupa - kerana terrain tanah akan melibatkan kos transporting, site setting, place of stockpiling dan machinery yang diperukan.
  • Kedudukan lokasi yang berhampiran - keran isu ini akan melibatkan availability of construction products.
  • Kemahiran pekerja - isu ini sangat penting kerana kos labour charges hari ini sangat mahal.

Andai perkara dan isu tersebut diatas telah dikaji dengan teliti maka tindakan untuk membuat perbandingan kos akan menjadi lebih mudah dan relevant untuk dijadikan sebagai rujukan.

48,820 points 106 195 351
2 votes
Perbandingan secara one-to-one adalah agak sukar. Pelaksanaan IBS bermula dari rekabentuk dan layout bangunan tersebut. IBS hanya akan kos efektif sekiranya terdapat banyak repetition di dalam penggunaan komponen di dalam bangunan tersebut atau terdapat banyak unit yang perlu dibina. Sekiranya pembangunan melibatkan blok blok yang tidak ada unsur repetition,  maka kos pembinaan secara IBS tidak akan menjadi kos efektif. Dengan keadaan ini, pembinaan secara konvensional adalah lebih baik.
50,150 points 24 102 239
...