'Cement replacement' kebetulan adalah projek tahun akhir saya di UiTM. Berdasarkan kajian 'Literature Review' dan dapatan saya pada ketika itu, penghasilan pengantian yang dapat mengantikan cement terdiri dari organik dan tidak organik.
Bahan organik seperti habuk serkam padi (husk) adalah ringgan namun bahan organik adalah dianggap mudah terbakar. Begitu juga bahan yang datang dari 'fly ash' atau 'bottom ash' janakuasa elektrik arang batu. Namun terdapat juga bahan yang diperolehi dari hasil 'blast furnace' yang boleh dijadikan pasir namun mempunyai berat yang tidak sesuai bagi pengantian bagi maksud 'light weight'.
Pada pandangan saya, kaedah penyediaan/campuran bahan lepaan dan kaedah lepaan yang perlu diubah suai. Memasukkan unsur udara dalam campuran dapat menjamin ketahanan api, ringan dan lestari manakala pengunaan bahan atau pelekat yang bersesuaian (cement) bagi menjamin ketahanan bahan terhadap cuaca.
Bagaimana mencantumkan unsur udara mungkin perlu diperhalusi namun jika dilihat proses 'spray tiles' atau 'gunning process' ianya mungkin dapat dilaksanakan. Mungkin proses ini boleh diinovasikan..