search
Log In
15 votes
42 views
Bolehkah kejadian Cold Joint yang berlaku pada rasuk jenis post tension jambatan diterima?

Andai boleh diterima, apakah ujian-ujian yang perlu dilaksanakan untuk membolehkan rasuk jambatan tersebut diterima dan dipasang?
in Structure 49,130 points 107 197 356

2 Answers

7 votes
Pada pandangan saya ianya bergantung kepada kedudukan keretakan, samada ianya berada di tension zone, sebelum dan juga selepas loading... keretakan di tension zone tidak boleh di terima sekiranya ianya melampaui saiz retak yg dibenarkan dalam rekabentuk. Keretakan di compressive zone mudah utk diperbaiki bagi menghalang kemasukan air.
50,250 points 25 103 239
5 votes

Sekadar idea... Cold joint mungkin boleh diterima asalkan dalam keadaan padu, tidak nampak berlaku kelemahan ikatan dalam bentuk plane of weakness atau discontinuity formed, tidak ada gap/keretakan atau honeycomb. Gabungan tetulang, prestressing dan coefficient of friction cold joint masih dapat menampung kefungsiannya. Mungkin menjejaskan dari segi estatik sahaja. Jika bimbang dengan kualiti yang meragukan  core samples boleh dibuat di tpt berlaku cold joint untuk melihat masalah dan ujian split-cylinder test boleh dijalankan.

420 points 1 2 5
...