Memang wujud beberapa peruntukan yang memihak kepada kerajaan, dalam kes Jalan Persekutuan (KKR) dan Jalan Negeri (JKR Negeri) tetapi yang timbul masalah ialah penguatkuasaan. Siapakah yang akan menguatkuasakan peraturan tersebut dan siapakah yang akan ambil tindakan?
Antara pengalaman ngeri semasa menjaga konsesi Jalan Persekutuan FT20 adalah bila adanya segelintir orang kampung yang suka-suka pasang culvert depan rumahnya tanpa kebenaran pihak kami. Apa yang boleh dilaksanakan ialah lapor kepada Pejabat Tanah, namun macam biasa akan tolak kepada Majlis perbandaran atau JPS. Namun sukar untuk menguatkuasakan peraturan. Paling kuat ialah lapor pada polis untuk menghalang kerja-kerja diteruskan, namun akibat karenah birokrasi dan tunggu perbincangan diam-diam laluan telah siap dilaksanakan dan telah digunakan.
Ada juga PBT yang bagi cadangan untuk dikorek semula, namun agensi manakah yang berhak melakukannya masih samar. Tambahan pula zaman penduduk yang celik dengan undang-undang dan mengambil kesempatan terhadap lompang yang wujud dalam peraturan tersebut. Langkah yang kami lakukan pada ketika itu hanyalah melalui proses undang-undang yang memakan masa..
Malah, sekarang walaupun tidak lagi terlibat dengan penyelenggaraan jalan, semasa Mesy. Ketua-Ketua Jabatan di Jasin, antara perkara yang dibincangkan adalah masalah orang kampung yang membina struktur yang menghalang parit namun begitu sukar untuk diambil tindakan akibat dari peranan media dan kelemahan peruntukan untuk menghalang kerja-kerja tersebut. Kerana titi dibina diatas parit, bukan milik pejabat tanah dan JPS tiada kuasa atau penguatkuasa untuk merobohkan struktur tersebut. nak suruh penguatkuasa pejabat tanah, terdapat pula komplekasi antara media dan peguam yang bersimpati.
Akhirnya agensi yang tersepit...
Mungkin sudah sampai masanya KKR melalui JKR diberi kuasa untuk melindungi harta awam secara terus dan boleh menyaman atau menghentikan sebarang kepincangan demi kepentingan bersama.