Pengurusan risiko yang berkesan membolehkan Pengurus Projek untuk mengenal pasti kelebihan serta kekurangan pada projek, peluang dan ancaman yang boleh menghalang kejayaan sesebuah projek. Dengan perancangan ke atas sebarang insiden yang tidak dijangka, Pengurus Projek boleh bersedia untuk tindakan yang teratur dan efektif sekiranya ia timbul. Pengurus Projek yang baik adalah seseorang yang mengakui dan sedar bahawa pengurusan risiko adalah amat penting, kerana pencapaian objektif atau kejayaan sesebuah projek adalah bergantung pada perancangan, penyediaan, keputusan dan penilaian risiko yang komprehensif.
Sila rujuk artikel ini dan banyak lagi artikel lain yang berkaitan mengenai kepentingan pengurusan risiko dalam pengurusan projek.
http://cdn.intechopen.com/pdfs/38973/InTechRisk_management_in_construction_projects.pdf