search
Log In
20 votes
74 views
All consultants and PD rep has given their endorsement. Can JKR use the contractor's performance bond to issue the design gurantee bond?
in Project Management 250 points 1 2 4

1 Answer

4 votes
 
Best answer

Selaras dengan Klausa 14.3(a) Syarat2 Kontrak Reka & Bina (Rev1/2010) adalah menjadi tanggungjawab P.P memastikan Design Guarantee Bond diperolehi daripada pihak kontraktor Reka & Bina SEMASA atau SEBELUM CPC dikeluarkan.

Walaubagaimanapun, kadang-kadang pihak bertanggungjawab / P.P terlepas pandang akan perkara ini. Untuk itu, selaras dengan Klausa 14.3(c) Syarat2 Kontrak Reka & Bina (Rev1/2010) , pihak P.P bolehlah merampas Performance Bond (dimana nilainya sama 5% daripada harga kontrak) sebagai ganti Design Guarantee Bond tersebut.

Sebaik-baiknya sebagai amalan terbaik, sewajarnya pihak P.P menggunakan budi bicaranya bagi mendapatkan Design Guarantee tersebut tanpa perlu merampas Performance Bond bagi mengelakkan sebarang masalah/dispute yang mungkin timbul di kemudian hari.

11,780 points 15 40 80
selected by
0
Terima kasih Tuan atas perkongsian yang bermanfaat.
0
Kemungkinan.... isu baru yg akan timbul adalah keadaan dimana kos defects agak tinggi,,,bolehkah PP gunakan PB yang dirampas untuk tujuan mengantikan Design bond itu  digunapakai untuk menampung kos defects.?

Sepatutnya Majikan mendapatkan  Design Bon dalam masa yang sama PB pun berjalan.....untuk menjaga kepentingan Kerajaan...so kalau PB dirampas untuk dijadikan DBond,.. tidak kah satu kerugian.?

Kemungkinan sekiranya pada ketika CPC dikeluarkan dan kontraktor gagal kemukakan DB...PP mungkin boleh tahan whatever payment due kot??  well ..just thinking aloud......what say u? TQ..
0
Saya berpendapat selaras dgn Klausa 56.0.. DB2010..membenarkan pihak kerajaan menuntut kos perbelanjaan yang terpaksa ditanggung kerajaan daripada baki nilai kontrak itu atau pun membuat tuntutan kos drp mana2 kontrak lain yang masih berjalan antara kontraktor tersebut dengan kerajaan.
0
Pernah ada handle kes mcm ni jgk, wjp ditahan sehingga selasai tempoh design guarantee bond
0
Saya pun ada isu yang sama. Adakah ini bermaksud Kontraktor tak perlu menambah jumlah PB yang telah berkurangan kerana penukaran status PB menjadi design guarantee bond? Baki nilai kontrak yang ditahan juga tidak boleh menampung jumlah PB akibat penukaran status tersebut. Dan adakah klausa 47.4 dan 47.5 yang terpakai untuk PB kini juga terpakai untuk design guarantee bond (yang sebelum ini statusnya adalah PB)?
...