search
Log In
38 votes
43 views
Bagi produk KIK JKR yang pernah memenangi pertandingan di peringkat negeri/kebangsaan, persoalannya sejauh manakah produk diaplikasikan di JKR?
in Human Resource Management 51,770 points 33 88 182
0
Pada pemerhatian saya, kebanyakan pegawai tidak tahu adanya apa-apa hasil inovasi yang ada kerana tidak semua menyertai atau melibatkan diri secara langsung dalam program inovasi. Maklumat tersebut juga mungkin terbatas setakat peringkat negeri tertentu sahaja.

Cadangan saya ialah produk atau penyelesaian inovasi yang dihasilkan boleh dibukukan atau dikatalogkan dengan teratur, dan kemudiannya diterbitkan sama ada secara fizikal atau digital serta diedarkan kepada semua. Ini membolehkan HOPT dan HODT terutamanya untuk mengaplikasikan mana-mana produk inovasi yang bersesuaian semasa peringkat perancangan dan rekabentuk lagi.

1 Answer

3 votes

Pada pandangan saya, sebelum kita merancang untuk penggunaan bahan/ produk baru yang telah dicipta melalui penghasilan kajian KIK, produk tersebut harus diberi peluang dari segi penggunaannya.

Perlaksanaan KIK hanya satu proses penghasilan produk baru dimana penggunaannya dan keberkesanannya masih diragui dan jaminan keutuhan produk itu masih perlukan buktian yang kukuh melalaui proses dan hasil rumusan penggunaannya.

Maka demi menjadikan applikasi produk baru itu adalah betul dan tepat pada sasaran penggunaannya, kajian terhadap beberapa syor cadangan dan soalan berikut harus diberi penekanan:-

  1. Dimanakah produk baru itu harus digunakan?
  2. Siapakah sasaran penggunaannya?
  3. Sudahkah AJK telah dibentuk dan dilantik untuk mengwujudkan spesikasi dan perincian produk tersebut telah dilaksanakan?
  4. Sudahkah kos penghasilan produk tersebut secara kuantiti besar telah dikaji?
  5. Bagaimanakah untuk menyerapkan produk baru itu kedalam penggunaan diprojek JKR dengan baik dan berkesan?
  6. Kajian mitigasi terhadap perancangan untuk menghadapi masalah ketika kegagalan produk itu berlaku telah dirancang dan dibentuk?
  7. Andai produk itu diberi peluang penggunaannya, apakah pendaftaran hakcipta intelektual terhadap produk itu harus dilaksanakan demi mengelakkannya diciplak?
  8. Siapakah harus diberi hak mutlak untuk menghasilkan produk tersebut?
  9. Bagaimana untuk mengagihkan hasil keuntungan andai produk itu telah mula diguna secara sah kepada kumpulan penciptan KIK tersebut?
49,070 points 106 197 356
1
Biasanya produk inovasi yang telah dipertandingkan telah juga melalui proses pendaftaran Hak Cipta atau Patented.

Masalah utama dalam aplikasi hasil produk inovasi dalam projek JKR adalah produk-produk tersebut belum dikomersialkan yangmana sekirannya dimasukkan didalam kontrak ianya tidak akan ada di pasaran. Oleh itu produk - produk tersebut perlulah berjaya dikomersialkan terlebih dahulu.
...