search
Log In
35 votes
51 views
in Human Resource Management 49,960 points 33 88 177
0
Di JKR Daerah Hulu Perak masih ada masalah internet, speed slow untuk download/upload file.

2 Answers

7 votes
Talian Internet bagi Agensi Agensi Kerajaan kebanyakannya menggunapakai talian yang dibekal oleh pihak MAMPU dan sebarang tapisan laman web kebanyakannya dibuat oleh pihak MAMPU kecuali Ibu Pejabat (Blok F dan Blok G) yang ditapis oleh pijhak BTM..

Setiap penggunaan internet akan dipantau oleh pihak MAMPU.. Bagi sebahagian pejabat JKR, talian internet yang perlahan.. Bahagian teknologi Maklumat  CDPK telah memohon naiktarafaf talian internet, walaubagaimanapon DITOLAK kerana pihak MAMPU mendapati kadar penggunaan untuk kerja-kerja hakiki dibawah penggunaan... Kadar peratusan penggunaan tertinggi talian internet digunakan untuk mengakses talian streming seperti YOUTUBE dan Laman Lucah... Justifikasi untuk naiktaraf talian tIDAK DILULUSKAN... Kerana nila setitik habis susu sebelangga.
25,440 points 38 98 191
edited by
0

Maaf mencelah...

Memang ada kebenarannya. Guna untuk kerja hakiki seperti SKALA, HrMIS atau emel memang sedikit.  Talian kebanyakannya jadi lambat kerana ada kakitangan yang tak bertanggung jawab kerana streming/download YOUTUBE dan sebagainya. 

Pengalaman semasa di Bahagian Korporat JKR NS, sebarang kerja-kerja melibatkan Aplikasi Harkiki perlu diadakan seawal 7.00 pagi sebelum orang belum ramai. Bila start pukul 8.30 ke atas alamat la cursur  pusing tak berhenti. Bila saya amati, banyak rakan yang masuk kerja terus log in FB lepas tu teguk lebih kurang dan tinggal tanpa log out. Bukankah itu menyebabkan talian menjadi sibuk. Dan jadi Paling tak tahan ada yang buka youtube, cari tah apa-apa filem, download pastu tinggal pergi minum.. peh.. sakit jiwa dibuatnya. Itu belum yang kaki blog lagi... Ini menyebabkan kami, yang memang kena pantau media sosial dan app hakiki seperti MyKJ/SKALA menjadi sasau...

Pandangan saya, talian internet di pejabat sebaiknya hanya kegunaan applikasi hakiki kecuali bagi mereka yang memang bertugas utk memantau media sosial. Bagi yang lain, ekses kepada laman yang tidak berkenaan sebaiknya disekat, terutama bagi mereka yang mengunakan internet pejabat untuk promosi produk sendiri..

Kerjasama bersama amat penting..

0

pada pandangan saya, perlu adanya pemantauan serius dan tindakan disiplin terhadap penyalah gunaan internet. tidak memadai sekadar blocking mac address atau sekatan capaian laman atas talian.

3 votes
Pembangunan peralatan ICT dan talian internet di setiap JKR Daerah perlu diperkasakan dan diselenggara dengan kerap kerana beban tugas di daerah amat tinggi dari masa ke semasa. Pandangan saya, perlu wujud juruteknik IT bertauliah di setiap JKR Daerah selain di JKR Negeri kerana kita tidak boleh ketinggalan dalam bidang ICT terutamanya di peringkat akar umbi iaitu JKR Daerah / Daerah Kecil
6,440 points 14 36 93
...