Soalan ini dipetik daripada Berita Harian bertarikh 7 November 2016 oleh Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, USM:
Sudah tentu apabila kita mendengar kemalangan sebegini berlaku, kita bertanya apa jadi dengan kontraktor yang bertanggungjawab? Kita jarang dengar hukuman yang mereka diterima.
Kadangkala saya bertanya mengapa? Adakah ini tandanya mereka tidak dihukum? Jika dihukum, siapa yang dihukum? Adakah pengendali kren atau tuan punya syarikat kren atau kontraktor utama, atau tuan punya projek?
Sehingga kini, proses mengadili pihak bertanggungjawab dan hukuman menyebabkan semua orang sentiasa tertanya-tanya. Siapa pula yang bertanggungjawab memastikan mereka ini dihukum?
Bukankah mereka juga melakukan kesalahan serius iaitu membunuh, maka sudah tentu mereka juga perlu dikenakan hukuman. Oleh itu, adakah pihak yang akan bertindak ialah polis, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (DOSH) atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)?