search
Log In
10 votes
43 views
Apakah dengan wujudnya dan perlaksanaan Kriteria Penerimaan Projek Jalan Siap Bagi Pengurusan Penyenggaraan mengikut Perkeliling Arahan KPKR 3/2009 mampu menolong dalam mengatasi masalah kekangan peruntukan senggara jalan untuk 5 tahun pertama setelah diterima secara sah sebelum bermulanya kemerosotan kualiti atas sebab wear and tear?
in Fixed Asset (Tak Alih) 48,820 points 106 195 351

1 Answer

3 votes
 
Best answer
Jawapan :

Audit Kriteria Penerimaan Projek Jalan Siap bagi Pengurusan Penyenggaraan mengikut Pekeliling Arahan KPKR Bil. 3/2009 merupakan satu ketetapan syarat ke atas setiap komponen jalan seperti pavemen, bahu jalan, peparitan dan lain-lain komponen jalan baru siap dibina bagi memastikan komponen jalan tersebut berada dalam keadaan baik dan memenuhi spesifikasi, sebelum diserahkan untuk tujuan penyenggaraan jalan. Antara objektif penetapan audit kriteria penerimaan ini ialah : -

1. memastikan kerja-kerja pembinaan jalan dilaksanakan dengan sempurna dan spesifikasi terpakai dipatuhi sepenuhnya.

2. memastikan segala kecacatan/kerosakan telah diperbaiki dengan sempurna sebelum diserahkan untuk penyenggaraan.

3. memastikan setiap komponen jalan berada dalam keadaan baik dan sempurna sebelum diserahkan untuk tujuan penyenggaraan.

Projek pembinaan jalan baru atau naiktaraf, semestinya direkabentuk untuk mencapai jangka hayat tertentu mengikut garis panduan rekabentuk. Bagi mencapai jangka hayat rekabentuk, pembinaan adalah satu proses utama yang perlu diberi perhatian bagi memastikan Kualiti pembinaan dicapai dan seterusnya jangka hayat jalan tersebut juga dicapai.

Mengambil contoh komponen pavemen, ianya boleh direkabentuk sehingga jangka hayat 20 tahun mengikut Arahan Teknik Jalan  (ATJ) 5/85 semakan 2013. Komponen pavemen merupakan komponen utama di mana kemerosotan kualiti akan berlaku disebabkan beban kenderaan. Rekabentuk pavemen akan mengambil kira beban trafik yang diunjurkan untuk tempoh jangka hayat yang tertentu. Beban trafik ini termasuklah kenderaan berat di mana beban gandar kenderaan berat adalah merupakan "damaging factor" (faktor pemusnah) utama kepada kemerosotan kualiti pavemen.

Oleh yang demikian, sekiranya proses pembinaan pavemen dan komponen lain dilaksanakan mengikut rekabentuk dan mematuhi spesifikasi pembinaan, seharusnya komponen pavemen tersebut mampu mencapai jangka hayat yang ditetapkan. Ini seharusnya menjadikan jalan tersebut tidak memerlukan penyenggaraan pavemen sekurang-kurangnya sehingga mencapai 70% daripada jangka hayat rekabentuk.
Oleh yang demikian juga, selain kawalan kualiti semasa pembinaan, audit kriteria penerimaan jalan bagi tujuan pengurusan penyenggaraan jalan adalah sistem kawalan kualiti yang melengkapi bagi tujuan Kualiti.

Audit kriteria penerimaan ini merupakan pemeriksaan terakhir komponen jalan sebelum diserahkan untuk tujuan penyenggaraan. Langkah ini terbukti membantu pegawai penguasa dan pasukan projek dalam mengenalpasti kerosakan akhir pembinaan. Seterusnya, langkah pembaikan dapat diambil oleh kontraktor dan disahkan oleh auditor dan pegawai penguasa. Ini secara tidak langsung membantu mengurangkan kos penyenggaraan semasa jalan tersebut beroperasi.

Namun, tidak dinafikan, perkembangan dan pembangunan pesat yang berlaku sekitar jalan tersebut mampu memberi kesan terhadap jangka hayat komponen jalan terutama sekali jangka hayat pavemen dan kapasiti sistem peparitan. Ini termasuk bilangan trafik serta beban kenderaan berat yang jauh berubah semasa peringkat rekabentuk.

Sekiranya perkara ini berlaku, tidak dinafikan kemerosotan kualiti pavemen menurun dengan cepat. Namun, ianya tidak sepatutnya berlaku semasa projek tersebut masih di dalam tempuh tanggungan kecacatan (DLP) atau berlaku kerosakan utama pavemen dalam 5 tahun pertama jalan tersebut beroperasi.
1,620 points 2 3 16
selected by
...