search
Log In
21 votes
135 views
Gerbang Nilai merupakan salah satu tools pengurusan projek yang dibangunkan oleh PROKOM...

Adakah Gerbang Nilai perlu diadaptasikan ke atas semua Projek JKR atau ada kos tertentu untuk menetukan Gerbang Nilai digunapakai..
in Integration Management 27,300 points 38 98 205

2 Answers

7 votes
Gebang Nilai digunakan pada projek JKR dan jika diperhatikan dalam SPB work flow GN telah dimasukkan sebagai satu aktiviti khusus. Pada hemat saya projek JKR melebihi RM10 juta perlu dilaksanakan GN agar dapat dipantau dari aspek ketersediaan pada setiapperingkat pelaksanaan projek. Ini adalah untuk mengelak perkara yang terlepas pandang, ketidaksempurnaan dalam rekabentuk, kos bajet dan juga resource yang akan digunakan dsb. CPAB dari masa ke semasa akan update semua elements yang akan disemak pada setiap peringkat GN (GN 1-4)

Sebenarnya GN adalah merupakan check control point yang amat berkesan jika dilaksanakan dengan penuh disiplin. Projek besar seperti MRT, LRT dan KLIA mengunakan gate review process untuk kelangsungan projek diperingkat design dan constructions.
9,200 points 17 35 86
5 votes

Rujukan berdasarkan Surat Arahan Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) Bilangan 1 Tahun 2018 mengenai Pelaksanaan Gerbang Nilai Untuk Projek Pembangunan Di Bawah Tanggungjawab JKR.

1) Gerbang Nilai telah dijadikan sebagai proses kerja dan terkandung dalam dokumen Sistem Pengurusan Bersepadu JKR.

2) Semua projek bernilai RM500,000.00 dan ke atas DIWAJIBKAN melaksanakan Gerbang Nilai.

3) Pengurus Program / Pengurus Projek adalah bertanggungjawab membuat keputusan mengikut peringkat kitar hayat projek sama ada untuk diteruskan atau sebaliknya berdasarkan laporan penilaian Gerbang Nilai.

Semua surat arahan KPKR yang terkini boleh didapati dari (https://arahankpkrv2.jkr.gov.my/) ; atau

PENYELARAS SURAT ARAHAN KPKR

b/p Ketua Bahagian Integriti

Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat

Tingkat 32, Menara Kerja Raya (Blok G)

Ibu Pejabat JKR Malaysia

Jalan Sultan Salahuddin

50480 Kuala Lumpur

Tel: 03-2618 8615/8730

Fax: 03-2618 8708

18,050 points 26 67 123
...