search
Log In
12 votes
134 views
1. Boleh tak kita guna 30mA RCCB di rumah teres ?
2. Berapa RCCB yang diperlukan dalam DB, 1 atau 2?

Ingin tahu. Terima kasih.
in LV (Low Voltage) 8,120 points 25 56 91

2 Answers

8 votes
RCCB/RCD adalah peranti keselamatan yang dipasang didalam sistem pendawaian bertujuan untuk melindungi manusia..

Sebelum ini ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker) digunapakai dan beroperasi sekiranya terdapat kebocoran arus ke peralatan elektrik yang boleh menyebabkan kecederaan kepada pengguna... kini RCCB telah mengantikan ELCB... ...

Merujuk kepada Peaturan Peraturan Elektrik 1994.Penggunaan RCCB bergantung kepada jenis litar yang dipasang.

a) Bagi peralatan elektrik yang dipasang tinggi dari capaian tangan, boleh menggunapakai RCCB 100mA.. Contohnya RCCB digunapakai untuk litar lampu..

b) bagi peralatan elektrik yang mudah dicapai, Boleh menggunapakai RCCB 30mA.. Contohnya soket outlet..

c) bagi peralatan yang terdedah dengan air.. RCCB 10mA perlu digunakan.Contohnya litar water heater.

Bagi menjawab soalan di atas:
1) RCCB 30mA boleh digunakan untuk rumah teres tuan tapi hanya untuk litar soket outlet sahaja.. manakala bagi litar lampu dan water heater perlu menggunkan RCCB lain..

2) Bilangan RCCb didalam 1 DB bergantung jenis litar yang saya sebutkan seperti di atas... selalunya untuk rumah teres, minimun 2
RCCB digunakan dalam 1 DB..
 - RCCB 100mA untuk lampu dan
 - RCCB 30mA untuk soket outlet

Semoga menjawab soalan tuan.
27,910 points 38 98 208
edited by
1
Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat, Tn.
2 votes
1. RCCB di dalam rumah teres perlu digunakan 30mA untuk socket outlet dan 100mA untuk lampu berdasarkan Akta Bekalan Elektrik/Peraturan-Peraturan Elektrik.

2. Di dalam rumah teres untuk DB/Consumer Unit single phase, 2 unit RCCB perlu dipasang (30mA dan 100mA). Banyak developer tidak mengikut Paraturan ini dan laporan boleh dibuat ke Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk diambil tindakan.
12,710 points 11 24 91
1
Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat, Tn.
...