Secara amnya, program seperti ini harus dilaksanakan kepada semua kakitangan JKR sebagai panduan dalam sesuatu bidang yang diceburi. Hal ini kerana di JKR kompetensi bagi setiap cawangan adalah berbeza. Dalam konteks penjawat awam pada masa kini, ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang yang diceburi adalah sangat penting. Buku Maklumat Asas JKR yang telah dijilidkan dan kursus-kursus asas yang dianjurkan oleh CReATE atau cawangan masing0masing adalah salah satu platform yang penting dalam meningkatkan kompetensi pegawai baru khususnya dan pegawai JKR secara amnya.