search
Log In
14 votes
71 views
Apakah pertimbangan rekabentuk struktur dalam high rise building?

Selain itu, kaedah transfer beam, post tension beam/slab sering digunakan dalam rekabentuk bangunan tinggi. Bilakah kaedah tersebut sesuai digunakan?
in Structure 22,140 points 15 52 134

1 Answer

7 votes
 
Best answer
Di dalam rekabentuk bangunan tinggi, semakan lateral stability adalah amat penting. Sehunungan dengan itu, keperluan system menanggung beban  memainkan peranan yang besar dan perlu juga melibatkan kepada rekabnetuk bangunan oleh arkitek. Keputusan samada hendak menggunakan kerangka momen, dinding ricih, tubular, tube in tube, cross bracing ataupun K bracing dan byk lagi system yang terdapat di masa skrg, banyak bergantung kpd kos,ketinggian,beban, rupabentuk bangunan, serta juga layout bangunan.

Perhatian juga perlu diberi kpd beban ufuk yg terdiri dari beban angin atau pun beban seismic. Penggunaan transfer beam hanya diperlukan apabila terdapat keperluan ruang yang besar dan tiang perlu ditamatkan ke atas rasuk. Rasuk-rasuk ini akan menanggung beban dari tiang tiang ini dan menyalurkan ke sangga lain dengan selamat. Rasuk ini kebiasaanya adalah agak dalam dan biasanya direka sebagai rasuk dalam.

Secara ringkasnya, post tension beam dan slab diperlukan apabila komponen tersebut perlu direntang yang panjang dan berkemungkinan akan timbul maslaah di dalam mengawal deflection.
50,250 points 25 104 239
selected by
0

Terima kasih atas perkongsian yang amat bermanfaat 

0
Terima kasih tuan di atas penerangan di atas.
0

Saya setuju.yes

...