Sebelum kita bertanya soalan berkenaan, kita kena terlebih dahulu faham apakah tanggungjawab Pengurus Projek / PD / WPD di dalam QAQC dan di mana peranan audit.
QAQC adalah Pemastian dan Pengawalan Kualiti. Proses untuk mendapatkan Kualiti bermula dari awal projek lagi; daripada pemilihan perunding, pengurus dan tim di tapak, dokumen pemastian kualiti, Dokumen WBS, pembekal, pengilang, punca bahan binaan dan pekerja-pekerja di tapak.
QAQC menggembeling semuanya ke dalam satu PROSES KUALITI dengan sistem kawalan berpandukan pengukuran (What Gets Measured Gets Done). Apabila Sistem tersebut digunapakai sepenuhnya maka berlakulah Pemastian Kualiti. Audit adalah untuk memastikan bahawa semua yang dinyatakan di dalam Sistem Kualiti dan Kontrak dilaksanakan sepenuhnya. Ia adalah untuk memastikan bahawa proses kualiti berjalan dengan baik dan sempurna di tapak.
Walaubagaimanapun itu semua adalah bergantung kepada KOMPETENSI pegawai di tapak dan REKABENTUK yang baik dan menepati keperluan pelanggan. Kompetensi bermula dengan Tim Kontraktor (termasuk perundingnya), RE yang dilantik dan Tim JKR. Kekurangan mana-mana dari rangkaian kualiti tersebut perlu dikesan sebelum NCR. NCR bermaksud, kesilapan telah berlaku dan ada kelemahan yang telah menyumbang kepada NCR tersebut.
Jika berlaku ketidakpatuhan kualiti, ia perlu dikesan oleh RE terlebih dahulu dan dibetulkan. Jika Kontraktor dan RE terlepas pandang, Tim JKR perlu dapat mengesannya. Jika ianya berulang dan di dapati melalui tenaga kerja kurang mahir, yang terlibat perlu dikeluarkan dari tapak bina menggunakan Klausa 'Discharge of Workmen (DOW)". Jika RE juga cuai dan kerap terlepas pandang, RE juga boleh dikenakan Klausa DOW. Malah Pengurus Projek Kontraktor juga perlu diberikan amaran keras memastikan Proses Kualiti berjalan lancar.
Untuk menjayakan perkara tersebut COMMUNICATIONS SYSTEM amat penting diwujudkan di tapakbina yang membolehkan kelemahan dikesan, cadangan mitigasi dikemukakan, dan kelulusan diberi dengan pantas dan berREKOD. Dalam SISTEM KOMUNIKASI TAPAK, Responce Time amat penting. Yang perlu menjawab hendaklah memberikan maklumbalas di dalam Responce Time yang dipersetujui. Amaran diberikan jika gagal respon di dalam masa yang ditetapkan. Penilaian dan pemastian semua ini memerlukan Kompetensi Teknikal.
Jadi jawapan ringkas kepada soalan tersebut adalah; tidak memadai tetapi amat diperlukan untuk pemastian kualiti. Terima Kasih