Bagi permohonan pemasangan iklan di jalan persekutuan atau negeri perlu melalui JKR. Sememangnya terdapat prosedur dalam kelulusan permohonan meletakkan papan iklan di jalan-jalan JKR.
Dari sudut teknikal, pemasangan papan iklan yang besar seperti diletakkan di jejantas atau di jambatan JKR, ianya perlu mengemukakan lukisan struktur dan laporan perkiraan analisis dan rekabentuk kepada pihak JKR untuk kelulusan yang mana ianya perlu disahkan oleh Jurutera Perunding Bertauliah.
Pada pendapat saya, sebagai seorang jurutera lawatan tapak perlu dilaksanakan terlebih dahulu bersama pemohon tersebut yang diwakili oleh perunding mereka bagi memahami keadaan tapak.
Seterusnya semak lukisan struktur dan loparan analisis dan rekabentuk yang dikemukakan dengan mengambilkira beban-beban (beban mati, beban kenaan dan beban angin) yang dipertimbangkan di dalam laporan tersebut. Laporan tersebut juga perlu mempunyai hasil daya (momen, ricih, dsb) daripada analisis yang telah dilaksanakan samada melalui manual ataupun menggunakan perisian. Rekabentuk perlulah selamat dengan pemilihan kerangka dan saiz yang dibuat oleh perunding tersebut.
Akhir sekali surat maklum balas perlulah dikemukakan dengan meletakkan syarat-syarat tertentu mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Sebagi contoh, papan iklan tersebut tamat tempoh sehingga bila..., kerja-kerja pemasangan perlulah mematuhi arahan teknik JKR dan dipantau oleh pihak JKR, sambungan (jointing) struktur mengikut lukisan yang dikemukakan, perlu memastikan kebolehtahanan struktur yang dipasang serta lapisan coating mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan dan lain-lain.
Wallahu'alam..
Mungkin mereka yang arif boleh menambahbaik...