search
Log In
17 votes
57 views
in Human Resource Management 830 points 2 3 12

2 Answers

5 votes

Soalan yang menarik untuk dibincangkan.

Teliti peryataan berikut:

GDP (Y) is the sum of Consumption (C), Investment (I), Government Spending (G) and Net Exports (X – M)

Y = C + I + G + (X - M)

Apabila mengimbau kembali teori ekonomi asas, Kerajaan merupakan majikan atau pelanggan utama sesebuah negara. Kerajaan perlu merangsangan ekonomi dengan berbelanja. Antara perbelanjaan kerajaan adalah pembayaran perkhidmatan seperti gaji, upah dan bayaran runding cara. Kerajaan juga melakukan pembelian barangan yang ditafsirkan sebagai aset.

Dengan mengunakan ajen, kerajaan secara tidak langsung telah mengembangkan lagi fungsi ekonomi kerana sekurang-kurangnya beberapa orang akan mendapat "faedah" dari perbelanjaan kerajaan. Jika langkah penjimatan dilaksanakan, maka agen akan menghadapi masalah untuk meneruskan perniagaan.

Contoh terbaik ialah yang saya alami pada penghujung 2016. Kontrak penyelenggaraan lanskap di Politeknik saya telah dihentikan selama sebulan pada bulan disember 2016 yang lepas. Akibatnya 25 orang pekerja kebersihan yang selama ini bergantung kepada kerja-kerja tersebut telah 'menganggur'. Jadi ini menunjukkan keperluan untuk kerajaan mengunakan khidmat agen/pembekal luar dan tidak mengamalkan dasar penjimatan yang melampau sehingga menyekat kelancaran aktiviti ekonomi..

34,630 points 18 61 148
0
Memang adalah perlu untuk kerajaan belanja secara berhemah, namun bagi yang melibatkan perolehan secara rantaian, banyak yang perlu diperhalusi.
4 votes
Pada penilaian saya, harga waran yang tinggi adalah disebabkan oleh kebiasaan tempahan waran kapal terbang adalah dilakukan pada saat akhir atau hanya beberapa hari sebelum waktu yang dikehendaki. Tambahan pula waran atau tiket tersebut adalah fleksibel, iaitu pilihan waktu penerbangan masih boleh dipinda mengikut keperluan. Seperti yang kebanyakan antara kita pernah lalui, kadang-kadang ada juga program/ mesyuarat yang ditangguhkan/ dibatalkan saat akhir.
2,780 points 3 16 31
0

Saya setuju dengan perbezaan waran yang sepatutnya lebih tinggi berbanding jika pegawai membeli secara biasa atas pertimbangan kos perkhidmatan agen dan keuntungan, dan saya juga faham keperluan kerajaan untuk merangsang ekonomi negara.Terima kasih atas jawapan di atas. Walaubagaimanapun soalan saya adalah disebabkan perbezaan yang sangat tinggi iaitu hampir 2 ke 3 kali ganda. Walaupun waran dipohon seminggu lebih awal dari tarikh perjalanan. bayangkan juka perjalanan yang boleh dibeli pada kadar harga rm 400 bagi 2 hala sebaliknya menjadi RM 1200 apabila menggunakan waran. Bagaimana pihak kerajaan menjustifikasikan faktor keuntungan tersebut?  Ini akan mengakibatkan timbul persoalan daripada pihak masyarakat awam akan kewajaran peningkatan mendadak tersebut.

...