Soalan yang menarik untuk dibincangkan.
Teliti peryataan berikut:
GDP (Y) is the sum of Consumption (C), Investment (I), Government Spending (G) and Net Exports (X – M)
Y = C + I + G + (X - M)
Apabila mengimbau kembali teori ekonomi asas, Kerajaan merupakan majikan atau pelanggan utama sesebuah negara. Kerajaan perlu merangsangan ekonomi dengan berbelanja. Antara perbelanjaan kerajaan adalah pembayaran perkhidmatan seperti gaji, upah dan bayaran runding cara. Kerajaan juga melakukan pembelian barangan yang ditafsirkan sebagai aset.
Dengan mengunakan ajen, kerajaan secara tidak langsung telah mengembangkan lagi fungsi ekonomi kerana sekurang-kurangnya beberapa orang akan mendapat "faedah" dari perbelanjaan kerajaan. Jika langkah penjimatan dilaksanakan, maka agen akan menghadapi masalah untuk meneruskan perniagaan.
Contoh terbaik ialah yang saya alami pada penghujung 2016. Kontrak penyelenggaraan lanskap di Politeknik saya telah dihentikan selama sebulan pada bulan disember 2016 yang lepas. Akibatnya 25 orang pekerja kebersihan yang selama ini bergantung kepada kerja-kerja tersebut telah 'menganggur'. Jadi ini menunjukkan keperluan untuk kerajaan mengunakan khidmat agen/pembekal luar dan tidak mengamalkan dasar penjimatan yang melampau sehingga menyekat kelancaran aktiviti ekonomi..