search
Log In
11 votes
44 views
Andai penggunaan Ultra High Performance Concrete (UHPC) adalah trend dunia pembinaan di negara maju dalam era ini, maka apakah tindakan dan perancangan JKR untuk kaji dan mengubal semula spesifikasi yang ada sekarang supaya kita akan seiring dengan perkembangan industri pembinaan antarabangsa?

Bagaimana pulah persiapan pembekal konkrit swasta terhadap perkembangan ini dan mampukah mereka juga sahut cabaran perubahan itu?
in Structure 48,800 points 106 195 351

2 Answers

6 votes
Penggunaan UHPC adalah dialukan. Walaubagaimana pun, sehingga kini masih belum ada standard atau piawai dibangunkan untuk UHPC. Sehubungan dengan itu, penggunaan UHPC adalah amat bergantung kepada keputusan ujian untuk setiap elemen. Jadi, penggunaan nya amatlah terhad pada masa kini sehinggalah satu standard dapat dibangunkan.
50,130 points 24 102 239
0
Salam tuan,

Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi baru dalam kaedah pembinaan semakin meningkat. Adakah kita di JKR ini bersedia dengan standard dan piawaian baru atau pun menunggu pihak pengurusan atasan masuk campur?
0
Kita harus bersedia dan jangan tunggu pengurusan atasan masuk campur. Pihak CREATE perlu gandakan kursus dan bengkel mengenai UHPC. Di negara maju mereka telah lama menggunakannya dan kini tiba masa untuk kita pula.
0
alhamdllah. in sha allah akan diusahakan oleh pihak yang terbabi. Harapan agar ramai warga JKR join group ini.
4 votes
Usaha untuk meminda spesifikasi JKR hendaklah dijalankan secara berterusan iaitu dinamik dan peka terhadap sebarang perubahan yang berlaku di sektor swasta dan industri untuk memastikan JKR sentiasa relevan sepanjang masa. CREaTE kena tampil untuk menyahut cabaran ini dari segi ujian dan penambahbaikan spesifikasi JKR.
1,710 points 3 6 20
...