Antara punca kegagalan pembetung di tapak adalah :
1. Saiz pembetung tidak cukup besar disebabkan jumlah aliran air bertambah.
2. Hakisan tebing dan runtuhan cerun.
3. Jenis asas (bedding) dan rawatan tanah yang tidak sesuai.
4. Pemilihan jenis pembetung dan kaedah pemasangan tidak sesuai.
5. Pembetung tersumbat dan pemendapan tanah.
6. Kebocoran pada sambungan pembetung.
Cadangan:
1. Saiz culvert perlu direkabentuk dengan mengambil kira keadaan hujan dan pembangunan masa depan;
2. Kajian tanah (JKR/Mackintosh Probe) perlu dilaksanakan bagi menentukan kesesuaian jenis asas (bedding) dan rawatan tanah yang sesuai di tapak.
3. Garis Panduan penentuan jenis asas berdasarkan jenis tanah di tapak perlu diwujudkan;
4. Dicadangkan menggunakan cast-in-situ box culvert. Jika menggunakan precast, pastikan tidak akan berlaku kebocoran pada sambungan;
5. Standard drawing untuk precast box culvert belum ada dan perlu diwujudkan;
6. Semasa penyerahan siap, perlu disertakan laporan rekabentuk bagi memudahkan semakan terhadap parameter yang digunakan bagi tujuan senggaraan;
7. Rekabentuk inlet dan outlet perlu berdasarkan kepada keadaan tanah dan tapak, seperti penggunaan stone mattress serta penentuan saiz headwall / wingwall;