search
Log In
15 votes
39 views
Umum maklum pemakaian spesifikasi standard bagi kerja bangunan edisi 2014 bagi projek-projek baru jkr setelah kuatkuasa surat arahan KPKR Bil.09/2014.

Bagi projek yang memerlukan adenda spesifikasi kepada spesifikasi kerja bangunan edisi 2014 ini, bagaimanakah cara untuk mendapatkan pengesahan atau kelulusan adenda spesifikasi tersebut?

Adakah memadai dengan pengesahan dan kelulusan HODT arkitek/C&S?
in Technical & Contract Admin 4,510 points 3 14 30
0
Sila beri contoh addenda spesifikasi yang dimaksudkan.
0
Contoh addenda tersebut seperti jenis finishes yang akan digunapakai pada projek tersebut.

1 Answer

3 votes
 
Best answer
Assalamualaikum wm wb,

Pada pandangan saya spesifikasi JKR adalah merupakan dokumen spesifikasi yang paling komprehensif di dalam negara ini. Dan saya percaya, pegawai specifier telah memasukkan semua keperluan yang latest di dalam spesifikasi edisi 2014.

Namun, sekiranya terdapat keperluan untuk penyimpangan dari spesifikasi piawai, ianya biasa akan dicatat di dalam lukisan bersama dengan butiran dan keperluan khusus oleh HODT. HODT harus menyediakan spesifikasi addenda. JIka keperluan pindaan ini adalah amat perlu utk setiap projek, maka pihak yang terbabit boleh mencadangkan kepada specification owner utk meminda spesifikasi piawai.
49,730 points 24 102 237
selected by
...