search
Log In
20 votes
164 views
Dalam CoC (Design and Build 2010) jelas mengatakan bon jaminan rekabentuk meliputi 5% dari 'works'. Adakah 'works' merangkumi kos kontrak asal atau kos semasa projek (sewaktu CPC hendak dikeluarkan)?
in Contract Administration 2,880 points 6 12 29
0
Persoalan rasionalnya adalah adakah harga kontrak baharu dapat diperoleh semasa CPC hendak dikeluarkan? Pada pendapat saya ianya (harga kontrak muktamad/ terlaras ) tidak akan dapat diperolehi pada masa tersebut. Oleh yang demikian amaun jumlah bond jaminan rekabentuk adalah berdasarkan harga kontrak asal dan bukan harga terlaras.

2 Answers

10 votes
 
Best answer
Klausa 1.1 (t) Syarat-syarat Kontrak DB 2010 jelas menyatakan "Works' adalah termasuk keseluruhan kerja sebagaimana dijelaskan didalam "Government Requirements and the contractor's proposal".

Oleh itu, jaminan rekabentuk adalah merangkumi keseluruhan nilai rekabentuk asal (5% daripada harga kontrak) dan jaminan ini perlu diberikan oleh kontraktor sebelum CPC dikeluarkan selaras dengan syarat-syarat kontrak.
11,780 points 15 40 80
selected by
4 votes
Pada pandangan saya bon jaminan rekabentuk adalah meliputi semua kerja kontraktor termasuk mana-mana kerja tambahan yang telah buat
50,250 points 25 104 239
0
Klausa 1.1 (t) Syarat-syarat Kontrak DB 2010 jelas menyatakan "Works' adalah termasuk keseluruhan kerja sebagaimana dijelaskan didalam "Government Requirements and the contractor's proposal".

Oleh itu, jaminan rekabentuk adalah merangkumi keseluruhan nilai rekabentuk asal (5% daripada harga kontrak) dan jaminan ini perlu diberikan oleh kontraktor sebelum CPC dikeluarkan selaras dengan syarat-syat kontrak.
...