Pada pandangan saya yang pernah menjadi kakitangan JKR Negeri, (Ketua perkhidmatan adalah SUK Negeri), sebarang SOP yang dibangunkan perlulah disertakan dengan penerangan menyeluruh secara komprehensif. Perlu difahami bahawa pegawai di daerah/negeri tidak semestinya mesra SOP JKR memandangkan ada antara mereka yang merupakan penjawat awam teknikal dari Jabatan yang lain dipindahkan secara pusingan. Jadi jika sebarang SOP dibangunkan hanya diwar-warkan dalam sistem, maka matlamat penyampaian mungkin akan tergendala.
Adakalanya beban tugas di daerah juga membataskan pegawai-pegawai ini untuk duduk dan melayari sesuatu sistem dan cuba memahaminya. Tambahan pula sesuatu ayat itu mungkin berisiko untuk ditafsirkan dalam perbagai fahaman. Tahap kefahaman terhadap mana-mana prosedur juga adalah berbeza-beza mengikut umur dan taraf pendidikan. Nak-nak lagi jika SOP tersebut dalam bahasa Inggeris. Lagi lah kabur jadinya. Malah jika ditanya fungsi borang-borang SBP pun adakalanya disalah tafsirkan. Ini terbukti bila saya berpeluang untuk mengikuti Juru Audit SPB melaksanaka audit SPB di N9 satu ketika dahulu.
Jadi pada pandangan saya, bagi mengelakkan kekeliruan dan kecelaruan terhadap mana-mana SOP, pihak berkenaan perlulah juga berusaha untuk menjalankan suatu usaha untuk menerangkan SOP tersebut kepada semua mereka di negeri atau daerah yang mana merupakan barisan hadapan penggunaan SOP tersebut.
Sekadar pandangan.