Bagi mengatasi Roadside Drains yang tidak atau jarang dipertingkatkan saiznya, pembangunan kawasn sekeliling boleh dilaksanakan dengan pendekatan yang telah digariskan dalam Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) yang diterbitkan oleh JPS seperti penyediaan kolam tadahan sementara (detention pond) dikawasan pembangunan tersebut. Saiz kolam tadahan adalah bergantung kepada kapasiti pembangunan, lama tadahan dan kitaran ribut seperti (50 years return atau 100 years return). Kolam-kolam ini biasanya dirangkumkan sebagai pusat reakriasi setempat namun juga berfungsi sebagai elemen tebatan banjir semasa kejadian hujan lebat.
Namun apa yang lebih penting ialah jawatan kuasa OSC bagi penerimaan Kebenaran merancang perlulah lebih peka dengan kapisiti saliran sedia sebelum melakukan apa-apa ulasan kepada permohonan Kebenaran Merancang yang dikemukakan oleh pemaju.