search
Log In
12 votes
35 views
in Assets & Facilities Management 400 points 2 3 5

2 Answers

5 votes
 
Best answer
PTF hendaklah dilantik yang mempunyai latarbelakang teknikal
540 points 1 3
selected by
0
Sekiranya terdapat kekangan sumber kakitangan daripada latar belakang teknikal? Sebagai contoh, dari kementerian atau jabatan bukan teknikal seperti Jabatan Kesihatan Melaka?
5 votes
Pada pandangan saya bergantung kepada keadaan. Pada pandangan saya, istilah teknikal dalam perkhidmatan kejuruteraan dalam perkhidmatan awam boleh digambarkan kemahiran untuk menyediakan senarai bahan yang diperlukan sebelum perolehan perkhidmatan atau peralatan dilaksanakan. Selainnya diserahkan kepada pembekal untuk membuat maklum balas. Maknanya kena pakar sediakan bq la tu. Jika istilah teknikal yang dimaksudkan adalah seperti tersebut, latar belakang minimal sahaja diperlukan untuk menjadi pegawai teknikal. dan ini biasa dipraktikkan di pejbat-pejabat kerajaan.

Namun bagi operasi yang besar melibatkan keputusan segera dan pengalaman mengenai pengurusan fasiliti seperti yang Jurutera di Politeknik alami, latarbelakang teknikal adalah diperlukan kerana pegawai tersebut akan membuat keputusan pembaikan yang akan dijalankan bagi sesetiap proses kerja tanpa melibatkan pelantikan kontraktor luar.

Perlu juga diketahui bahawa pengetahuan teknikal dalam perkhidmatan awam tidak hanya bermakna kemahiran teknikal yang hakiki tetapi juga termasuk juga kemahiran dari segi Pekeliling Perkhidmatan, Tatacara perolehan kerajaan dan sebagainya. Oleh yang demikian, sebenarnya jika seseorang mahir dari segi Perintah Am Kerajaan dari segi pentadbiran dan kewangan sudah cukup memadai untuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Teknikal Fasiliti, kerana adakalanya tatacara perolehan kerajaan adalah lebih sukar dari menyelesaikan masalah atau menyediakan senarai bahan yang boleh kita google aje untuk penyelesaian.

sekadar pandangan..
34,630 points 18 61 148
...