Pada asasnya, JKR tiada liabiliti atau ikatan kontrak dengan sub-kontraktor dinamakan (Rujuk PWD Form 203A (Rev. 1/2010) - Perkara 69). Sub-kontrak wujud antara Kontraktor (utama) dengan sub-kontraktor dinamakan.
Berdasarkan PWD Form 203A (Rev. 1/2010) - Perkara 69, hanya bayaran pendahuluan kepada Kontraktor (Utama) yang dinyatakan.
Walau bagaimanapun, bayaran interim dan bayaran muktamad boleh dibayar terus kepada sub-kontraktor dinamakan berpandukan pada PWD Form 203A (Rev. 1/2010) - Perkara 61.