search
Log In
18 votes
83 views
Berapa lamakah tempoh jangkamasa munasabah tarikh milik tapak projek Reka & Bina daripada tarikh keluar SST bagi memberi peluang kontraktor mendapatkan kelulusan KM?

Apakah amalan terbaik JKR dalam mengatasi masalah ini?
in Project Management 11,780 points 15 40 80

1 Answer

7 votes
Kelewatan mendapatkan KM merupakan masalah yang selalu berulang dalam perlaksanaan projek Reka dan Bina. Saya melihat masalah ini banyak berkaitan dengan kegagalan pihak perunding yang terlibat untuk bertindak secara proaktif untuk mendapatkan persetujuan pihak PBT.

Sebagai sebuah agensi perlaksana saya melihat pihak JKR seringkali gagal memantau kerja-kerja pihak perunding kerana beranggapan ia adalah di bawah tanggungjawab kontraktor, sedangkan sebagai agensi perlaksana JKR seharusnya memastikan semua prasyarat berkenaan kontrak dan juga akta berkaitan dipatuhi. Kebiasaannya pemantauan dilaksanakan pada  masa berikut

1. Mesyuarat kick off

2 Mesy tapak

3 Mesy teknikal

4. Mesy pengurusan risiko (jarang dipantau pihak terlibat)

Di atas merupakan medium yang baik untuk memantau status kelulusan kerja KM bagi projek. Dan biasanya selepas SST dikeluarkan kontraktor boleh memajukan KM dan kelulusan KM adalah diantara 1 hingga 3 bulan (bergantung kepada PBT < sabah dan Sarawak lebih lama disebabkan beberapa prosedur tambahan). Jadi pendapat saya (maaf kalau salah) jangkamasa yang sesuai bagi kelulusan KM adalah tidak lebih 5 bulan dari tarikh SST dikeluarkan (dengan mengambilkira komen dari pihak PBT jika ada). Terima kasih
830 points 2 3 12
...