search
Log In
32 votes
157 views
Bagaimana jika terdapat sesuatu projek tersebut boleh mengeluarkan CMGD tetapi masih terdapat NCP yang dikeluarkan @ belum ditutup @ dibetulkan oleh HOPT yang berkaitan. Apa yang sepatutnya berlaku?Mengiraukan NCP tersebut atau menutup semua NCP, baru boleh CMGD dikeluarkan.
in Communication Management 3,040 points 4 6 7

5 Answers

6 votes

Sekadar berkongsi pandangan.....

KIta perlu merujukkan kepada Klausa 48 & 49 dalam P.W.D Form 203A demi memperjelaskan isu ini, kerana ia berkait rapat dengan kondisi kontrak yang harus diikutrujuk demi memuktamadkan keputusannya.

Dalam kondisi kontrak itu telah dengan jelasnya termaktub tanggungjawab pihak kontraktor untuk membaiki kesemua kecacatan yang dikenalpasti dan pihak HOPT pulah dipertanggungjawab untuk memastikan bahawa kesemua NCR/NCP yang telah dikeluarkan itu ditutup dengan sempurna sebelum mengeluarkan CMGD (Certificate of Making Good Defects). Susulan kepada pertauliahan CMGD baru baki 50% daripada 5% wang cagaran itu boleh dilepaskan.

48,820 points 106 195 351
4 votes
Sepatutnya kalau ada NCP or NCR yang belum close, CPC tak boleh dikeluarkan kepada kontraktor

Dalam tempoh DLP, hanya defect list sahaja
1,460 points 2 10 21
3 votes
Sekadar pandangan, sekiranya terdapat kecacatan NCP yang belum dibaiki, maka ini perlu diperbetulkan sebelum CMGD dikeluarkan.
Pihak  di mana kedua-dua kontraktor dan pelanggan berminat untuk mengeluarkan sijil (supaya bangunan/jalan itu dapat diserahkan) dan namun kecacatan belum dibaiki. Mengeluarkan sijil tersebut bagaimanapun boleh menyebabkan SO bertanggungjawab atas sebarang masalah , misalnya dalam pengiraan ganti rugi yang dibubarkan.
Jika SO ditekan untuk mengesahkan CMGD walaupun kerja-kerja tidak lengkap, mereka mungkin mempertimbangkan untuk memberitahu klien secara bertulis tentang masalah-masalah yang berpotensi untuk melakukannya, mendapatkan persetujuan bertulis dari klien dan mendapatkan persetujuan dari kontraktor bahawa mereka akan menyelesaikan kerja dan membetulkan apa-apa kecacatan.
4,050 points 5 13 33
2 votes
Pengurusan Kontrak dan Pengurusan Projek hendaklah diberikan kepada PP dan HOPT yang berkaitan supaya kes-kes pengeluaran CMGD sedangkan NCP belum ditutup TIDAK akan berlaku, yang mana ini akan mengundang teguran dan siasatan oleh audit. Dah banyak kes turun pangkat, turun gaji dan buang kerja ke atas pegawai JKR. Lesson learnt.
1,710 points 3 6 20
4 votes
Dalam pelaksanaan sesuatu kontrak, Sijil Siap Kerja (CPC) akan dikeluarkan apabila telah mencapai tahap penyiapan yang pratikal dan telah memuaskan kehendak Pegawai Penguasa (P.P).


Pengeluaran CPC akan menandakan permulaan tempoh liabiliti kecacatan (DLP) selama 12 bulan atau 24 bulan.


Apabila tempoh DLP makin hampir kepada tempoh tamat, satu proses pemeriksaan perlu dilakukan bersama oleh kedua-dua pihak baik dipihak klien dan pihak kontraktor.


Sekiranya, ketika waktu pemeriksaan didapati tiada kerja-kerja kecacatan yang timbul, Sijil Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD) boleh terus dikeluarkan. 


Walaubagaimanapun, sekiranya masih terdapat kecacatan ketika pemeriksaan bersama. Satu senarai penuh kecacatan perlu dikeluarkan oleh pihak klien kepada kontraktor.


Tempoh pengeluaran senarai kecacatan ini adalah berbeza antara Kontrak Konvensional dan Kontrak Reka & Bina, dimana untuk kontrak konvensional, tempoh selama 14 hari diperlukan untuk pengeluaran senarai kecacatan. Manakala untuk kontrak reka dan bina, tempoh selama 28 hari diperuntukan untuk pengeluaran senarai penuh kecacatan.


Setelah pengeluaran senarai penuh kecacatan, kontraktor adalah diperuntukkan untuk melaksanakan tindakan pembaikan selama 3 bulan. 


Selepasa siap memperbaiki kecacatan, pihak klien akan mengeluarkan Sijil Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD) kepada kontraktor dan akan membolehkan pihak kontraktor menuntut untuk pelepasan Bon Pelaksanaan
500 points 2 2 6
...