search
Log In
11 votes
36 views
Salam 1 Malaysia,

Secara umumnya, apabila projek tender yang akan dilaksanakan di JKR Daerah, waran perjawatan bagi penempatan Penolong Jurutera Awam Gred JA29 (Persekutuan) akan dibuat seiring dengan surat setuju terima projek tender tersebut tetapi bagi waran perjawatan untuk  Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 tidak dibuat mengikut keperluan pelaksanaan projek tender tersebut khususnya berkenaan urusan bayaran interim, bayaran sebutharga  , bayaran wjp dan sebagainya

Diharap perkara ini mendapat pertimbangan pihak yang berkenaan dengan sewajarnya.
in Human Resource Management 18,070 points 28 67 123
edited by
0
Asas-asas Pertimbangan Keperluan Pembantu Tadbir (Kewangan) :
1) Skop fungsi dan bidang tugas yang dipertanggungjawab terlalu rencam dan kepelbagaian.
2) Selain daripada menjalankan tugas-tugas berhubung dengan Pengurusan Aset, Pengurusan Hasil,  hal kewangan temasuk emolumen, elaun, tuntutan perjalanan dan sebagainya. Mereka juga dipertanggungjawabkan tugas-tugas yang lebih mencabar.
3) Turut melaksanakan tugas-tugas Penyeliaan, mereka juga dikehendaki mewakili pihak pengurusan untuk memberi latihan dan menyampaikan taklimat-taklimat dalam hal-hal Pengurusan Kewangan kepada Penjawat-Penjawat Awam yang baru dilantik dan sedang berkhidmat tanpa mengira gred dan jawatan.
4) Merupakan tenaga mahir dalam aplikasi penggunaan komputer, yang mewajibkan untuk dilaksanakan dalam tugas seharian di setiap organisasi sejajar dengan kepesatan perkembangan teknologi maklumat masa kini.
5) pegawai yang berpengalaman di Daerah-Daerah merupakan  sumber rujukan jabatan sepertimana yang diperlukan oleh pihak pengurusan untuk mencapai matlamat organisasi.
6) jawatan tersebut masakini bertanggungjawab secara langsung kepada  Ketua Jabatan bergred jawatan tertinggi dalam organisasi kecil.

Please log in or register to answer this question.

...