search
Log In
15 votes
38 views
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sedia maklum, pihak CIDB telah mewajibkan semua pekerja kontraktor dan pegawai JKR memiliki Kad Hijau CIDB dan memastikan Kad Hijau CIDB tersebut masih belum tarikh luput apabila memasuki tapak bina.

Walaubagaimanapun, masih terdapat segelintir pekerja/pegawai memasuki tapak bina dengan  Kad Hijau CIDB telah tamat tempoh/luput. Siapakah pegawai yang memeriksa kad hijau CIDB di tapak bina atau ia dibawah tanggungjawab pihak CIDB?
in Project Management 18,020 points 26 67 123

1 Answer

4 votes
 
Best answer
Menurut 2 pekeliling yang telah dikeluarkan oleh CIDB,

Pekeliling Program Kad Hijau CIDB-Bil 1/2000
Pekeliling Program Kad Hijau CIDB-Bil 1/2001

Kontraktor utama perlu memastikan setiap pesonel ditapak memiliki kad hijau. Namun tidak dinyatakan adakah kad hijau tersebut masih sah laku atau tidak juga menjadi pelanggaran kepada pekeliling ini. AKTA 520 hanya dinyatakan keperluan menghadiri kursus keselamatan ( seterusnya mendapat kad hijau) untuk memasukki tapak bina.

Saya ada bertanya dengan jurulatih CIDB, mereka menyatakan kad hijau yang sah adalah kad hijau yang masih belum tamat tempoh. Ini bermakna jika tempoh telah tamat bermakna pesonel binaan tersebut tidak memiliki kad hijau. Namun pada pandangan saya, kenyataan ini boleh disanggah kerana tiada kenyataan yang jelas tentang denda bagi mereka yang tidak memperbaharui kad hijau tetapi masih memasukki tapak bina.

Merujuk semula kepada pekeliling, memastikan pekerja memiliki kad hijau adalah tanggungjawab kontraktor utama. Oleh yang demikian, jika terdapat pelanggaran, rasanya NCR boleh diberi kepada kontraktor, namun hanya CIDB dan mereka yang diberi kuasa oleh akta ini sahaja yang boleh mengkompaun kesalahan.

Mungkin ada pandangan lain yang lebih tepat untuk dikongsi bersama.
34,630 points 18 61 148
selected by
...