search
Log In
15 votes
124 views
in Structure 230 points 2 4 5

4 Answers

6 votes
Sekiranya masih memerlukan cerucuk utk menanggung beban, maka kaedah yang boleh dianggap sesuai adalah dengan menggunakan non-displacement pile. Contohnya adalah dengan menggunakan cerucuk gerek atau bored pile. kaedah ini akan mengurangkan pergerakan tanah dan kurang memberi gangguan kepada bangunan bersebelahan.
Kalau di lihat disekitar bandaraya KL, kebanyakan pembanunan ditengah bandar menggunakan kaedah ini.
50,150 points 24 102 239
3 votes
Sekiranya masih memerlukan cerucuk utk menanggung beban, maka kaedah yang boleh dianggap sesuai adalah dengan menggunakan non-displacement pile. Contohnya adalah dengan menggunakan cerucuk gerek atau bored pile. kaedah ini akan mengurangkan pergerakan tanah dan kurang memberi gangguan kepada bangunan bersebelahan.
Kalau di lihat disekitar bandaraya KL, kebanyakan pembangunan ditengah bandar menggunakan kaedah ini.
50,150 points 24 102 239
3 votes
Saya amat bersetuju dengan saranan Ir Azudin kerana mengawal gegaran adalah agak mustahil dilaksanakan bila penanaman cerucuk kaedah hentakan dilaksanakan.

Jika kekangan kos adalah menjadi keutamaan, dan pengunaan kaedah cerucuk gerekan adalah diluar kemampuan, maka gegaran yang timbul akibat kerja-kerja pelantakan cerucuk adalah suatu yang perlu dihadapi.
34,630 points 18 61 148
4 votes

Jawapan yang diberikan oleh Ir Azuddin adalah menepati dan bersesuaian apabila menjalankan pembangunan di kawasan yang membangun.

Adalah menjadi praktis atau kadang-kala menjadi satu pra-syarat oleh Pihak Berkuasa Tempatan memastikan "dilapidation survey" bagi bangunan-bangunan di kawasan sekitarnya dibuat dan pemasangan alat-alat monitoring (cthnya: inclinometer, GSM, BSM dll) dijalankan sebelum kerja-kerja penanaman cerucuk atau "deep excavation" dilaksanakan. Ini adalah bagi memantau dan merekodkan dari masa ke semasa magnitud pergerakan tanah di sekitarnya.

540 points 1 1 10
...