search
Log In
14 votes
53 views
in Project Management 18,020 points 26 67 123
0
Adakah menjadi tugas JKR untuk meningkatkan kompetensi kontraktor? Atau ada badan lain yang bertanggungjawab ke atas pembangunan industri pembinaan di Malaysia?

1 Answer

5 votes
 
Best answer

Sebagaiman yang kita maklum pembangunan kompetensi kontraktor ini adalah dibawah tanggungjawab CIDB. Daripada peringkat pendaftaran sehinggalah diklasifikasikan kepada semua tahap G-gred yang ditetapkan Kerajaan. JKR sebagai agensi pelaksana projek Kerajaan menerima pihak kontraktor ini di peringkat pelaksanaan projek dan disini lah terbuktinya kewibawaan dan kompetensi sebenar kontraktor dalam melaksana projek.

Perkara utama yang JKR boleh bantu dalam meningkatkan kompetensi kontraktor adalah untuk menerangkan keperluan projek ini dari aspek;

1. Skop kerja; kerja-kerja awalan, kerja-kerja utama dan juga semua keperluan perancangan projek (DO, kelulusan PBT, EMP, TMP, safety dan sebagainya). Ramai juga kontraktor yang masih tidak peka dalam hal sedemikian dan ini akhirnya menyebabkan risiko kepada projek menjadi lewat dan gagal.  

2. Tempoh projek; JKR boleh membantu membangunkan program kerja mengikut keperluan tempoh dan masa yang telah dipersetujui. Membantu disini bermaksud menerangkan prosedur dan keperluan program kerja seperti yang terdapat didalam speksifikasi dan garis panduan penjadualan projek JKR. Seterusnya membantu kontraktor untuk memahami proses memantau dan mengawal projek mengikut program yang telah dilulusakan. 

3. Kepeluan teknikal; Jika sekiranya projek tersebut memerlukan kepakaran dari aspek teknikal pihak JKR boleh menasihatkan agar kontraktor mengenalpasti keperluan tersebut awal dalam kontrak. Sebagai asasnya kerja pakar adalah merupakan skop kerja yang memerlukan pendekatan yang berlainan daripada kerja biasa. Ini akan melibatkan kos dan masa tambahan. Contohnya untuk projek kesihatan, keselamatan atau projek yang berkaitan dengan penggunaan bahan-bahan khas seperti IBS dsb memerlukan perancangan yang lebih teliti.

4. Pelaksanaan kontrak ; Pihak kontraktor juga perlu didedahkan kepada kompetensi asas dalam mengurus kontrak terutamanya dalam menentukan tanggungjawab mereka sebagai kontraktor. Perkara seperti VO, EOT, LAD dan termination perlu dijelaskan awal dalam pelaksanan kontrak supaya semua pihak tahu tanggungjawab masing-masing. JKR mempunyai ramai pakar dalam contract administration dan ini boleh membantu pihak kontraktor dan JKR juga.  

Semua ini boleh dilakukan semasa fasa pelaksanaan projek bersama dengan pihak kontraktor yang telah dilantik. Pihak HOPT/HODT/SO boleh memberikan tunjuk ajar ini kepada kontraktor semasa lawatan tapak dan dibincang mesyuarat mingguan atau bulanan. 

Pihak JKR juga selalu membuat teguran semasa pemeriksaan audit / pengawasan projek. Ini adalah merupakan satu cara yang baik untuk meningkatkan prestasi dan kompetensi kontrakor. Semua teguran atau NCR ini didokumenkan dan dibincang dalam mesyuarat teknikal untuk manafaat bersama. 

Banyak lagi yang JKR boleh buat untuk meningkatkan kompetensi kontraktor tapi ini adalah pandangan rengkas daripada saya.

9,180 points 17 34 86
selected by
...