search
Log In
13 votes
35 views
Pada pemerhatian saya, terdapat beberapa bangunan lama kerajaan yang digunakan kurang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan.

Sedia maklum, setiap jabatan telah mempunyai Jawatankuasa Perlindungan Keselamatan Jabatan yang memastikan ciri-ciri keselamatan sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Namun begitu, ciri-ciri keselamatan bangunan tersebut masih belum memenuhi standard yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan .

Bincangkan...
in Fixed Asset (Tak Alih) 18,020 points 26 67 123

1 Answer

4 votes
 
Best answer
Saya berpandangan agak kontra dalam isu ini. Jika dimaksudkan dengan bangunan lama seperti Bangunan Persekutuan di Jalan Raja (depan bangunan Daya Bumi) mempunyai ciri-ciri keselamatan yang mencukupi semasa pembinaan dan operasinya. Syarat utama ialah diselenggara dengan sempurna serta digunakan/dikekalkan seperti mana ketika direka bentuk dan dibina. Ini kerana bagi bangunan terdahulu, pembinaan adalah amat ketat mematuhi CP tinggalan drp British. Ianya dibina bukan berasaskan VE dengan margin rekebentuk yang tinggi. Malah kalau tidak silap, bangunan lama seperti stesen keretapi KL dibina dengan anggaran salji akan turun di KL. Bayangkan.

Masalah utama dalam isu keselamatan pada pandangan saya ialah pengubahsuaian yang tidak menepati syarat atau kajian terhadap kesesuaian bangunan itu dibina dari segi keselamatan. Contoh paling mudah ialah pengubah suaian pemasangan Jubin bagi tangga bangunan yang pada asalnya adalah simen tender. hingga menyebabkan jarak raise bagi tangga melebihi 8 inci dan step menjadi kurang dari 9 inci sehingga mendatangkan bahaya kepada penggunanya. Ini tidak termasuk pemasangan jubin di koridor luar bangunan yang ditambah sehingga menyebabkan paras susur tangan menjadi rendah dan meningkatkan risiko jatuh.

Ini tidak termasuk pemasangan alat hawa dinggin yang menidakkan ciri keselamatan asal bangunan itu sendiri. Dari kawasan yang diudarakan dengan natural kepada pengudaraan buatan. keadaan ini sering mengganggu pengaliran udara jika berlaku kecemasan. Tambahan pula kebanyakan sistem yang dipasang tanpa pandangan dari Arkitek yang pakar berkaitan sistem pengudaraan yang effisen dan mesra keselamatan.  

Peristiwa pelajar sekolah jatuh di Subang Jaya boleh dijadikan iktibar dimana terdapat keperluan untuk kita kembali ke rekabentuk asal yang lebih selamat kepada pengguna.

Saya antara mereka yang pernah belajar dan duduk di asrama Politeknik Ungku Omar (PUO) di Ipoh dan pada masa ini mengurus unit penyelenggaraan di Politeknik Merlimau Melaka (PMM) dan pada pandangan saya, bangunan asrama lama di PUO  jauh lebih menepati ciri-ciri keselamatan bangunan dan kebakaran jika dibandingkan dengan kampus yang saya jaga sekarang.

Saya percaya ini berlaku atas perkataan keramat "value engineering" dimana perbelanjaan dimaksimakan dengan meregangankan segala keperluan kepada paling minima, dalam kata lain "asal jangan langgar peraturan dah kira ok".

Sekadar pandangan..
34,630 points 18 61 148
selected by
0
Terima kasih Tuan atas perkongsian yang bermanfaat.
...