search
Log In
9 votes
54 views
in Technical & Contract Admin 210 points 1 3

1 Answer

2 votes

Sekadar memberi pandangan ikut pengalaman………

Sebelum kita bercerita dan bincang tentang perlakasanaan Rationalization Cost kita harus dengan jelasnya arif mengapa ia perlu dilakukan dan adakah item tersebut telah terkandung dalam Bill of Quantities supaya kesesuaian proses perlaksanaan Rationalization Cost dapat dirumus dan ditentukan.

Dalam keadaan biasa Rationalization Cost hanya perlu dilakukan jika standard rate tidak boleh diperolehi atau skop kerja itu merupakan technologi baru dan tiada rekod sejarah penggunaannya dalam proses kerja pembinaan yang boleh dijadikan ia sebagai satu rujukan. Ia juga boleh dilaksanakan jika pihak JKR berpendapat bahawa kadar harga yang dikemukakan oleh pihak kontraktor untuk melaksanakan sesuatu skop kerja terutamanya kerja dibawah AP55 atau kerja-kerja kecemasan adalah tidak munasabah dan dianggap terlalu tinggi.

Tujuan kita melaksanakan Rationalization Cost adalah untuk mendapat satu penentuan tentang kos sesuatu skop kerja pembinaan dimana kesefahaman dan rumusan keputusan antara pihak JKR dan kontraktor tentang kadar harga skop kerja pembinaan tersebut boleh dapat dicapai tanpa tertimbulnya kemusykilan dan percanggahan diakhir projek.

Perkara-perkara penting seperti berikut perlu disemak sepanjang proses pembinaan sebelum perlaksanaan Rationalization Cost supaya prosedur perlaksanannya adalah lebih tulus dan jelas :-

  1. Pastikan pihak kontraktor telah menyerahkan syor tuntutan berkaitan dengan skop kerja berkenaan secara sah dan ikut kehendak kontrak. Item yang yang dikemukan mesti merupakan sebahagian daripada kesemua skop kerja yang telah dipersetujui.
  2. Kesemua lukisan perincian yang telah diluluskan telah diperolehi untuk dijadikan sebagai rujukan dalam semakan skop kerja dan penentuan penggunaan bahan secara sah dan betul.
  3. Pastikan setiap penggunaan jentera dan peralatan di tapak dicatatkan jenis, capacity dan tempuh penggunaannya untuk dijadikan rujukan sebagai sebahagian daripada price contributing items dalam penggiraan kadar harga nanti.
  4. Jumlah pekerja untuk setiap item atau skop kerja pembinaan termasuk juga tempuh perlaksanaannya perlu dengan jelas dicatatkan setiap hari sehingga skop kerja berkaitan disiapkan.
  5. Jumlah untuk setiap jenis bahan yang digunakan perlu diagih dan direkodkan dengan jelasnya mengikut setiap skop kerja yang telah dikenalpasti supaya penggiraan kadar kos setiap skop itu adalah tepat.
  6. Segala perubahan skop tambahan di tapak ketika perlaksanaan skop kerja pembinaan juga harus mendapatkan kelulusan tambahan dan direkodkan sebagai satu rujukan dalam proses Rationalization Cost nanti.

Rationalization Cost juga boleh dilaksanakan sepanjang proses pembinaan andai perkara-perkara tersebut diatas telah dikenalpasti lebih awal dan diserahkan sekali dalam jadual detail breakoff untuk setiap skop kerja yang disertakan dengan kadar harganya. Akan tetapi semakan terhadap kesemua item tersebut harus dilakukan ketika pembinaan sebenar demi menjaminkan apa yang diserahkan ada betul dan mengikut kehendak di tapak.

Sepanjang proses sebelum dan ketika Rationalization Cost dilaksanakan semua pihak yang berkaitan kekal memainkan peranan yang penting demi mendapatkan satu kesefahaman supaya rumusan keputusan kadar harga muktamad dapat dicapai. Akhir kata juruukur bahan serta wakil-wakil tapak JKR memainkan peranan yang sangat penting demi menjayakan Rationalization Cost kesatu tahap yang lebih tulus dan jelas untuk dijadikan sebagai satu contoh rekod rujukan kemudian hari.

48,820 points 106 195 351
...