Berdasarkan pengalaman saya semasa bertugas sebagai seorang Jurutera Daerah, tugas kita selaku wakil JKR adalah sebagai penasihat teknikal kepada Tuan DO; yakni selaku wakil kerajaan negeri. Selain itu, kita mengenal pasti apa yang perlu dilakukan di daerah untuk perencanaan pembangunan. Semua pihak harus berlapang dada, bekerjasama sebagai 1 pasukan dengan objektif untuk memajukan dan memakmurkan kehidupan rakyat agar rakyat hidup selesa dan selamat. Sekiranya kita kurang bersetuju atau ingin menegur, tuan boleh gunakan kebijaksanaan tuan untuk menyuarakan pandangan atau teguran kepada DO dan wakil agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri yang lain dengan cara percakapan yang bijaksana, elakkan terikut-ikut emosi akibat provokasi dan berhemah.
Saya berpandangan, Insha Allah, sekiranya tuan menggunakan pendekatan diplomasi, imej JKR Malaysia sedikit sebanyak di daerah tuan bertugas akan baik juga.