search
Log In
12 votes
128 views
in Contract Management 510 points 3 4 5

3 Answers

5 votes

Langkah Awal/Pertimbangan Yang Harus Diambilkira Semasa Menentukan Sama Ada Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) Akan Dikenakan sekiranya Sijil Perakuan Kerja Tak Siap (CNC) telah dikeluarkan;

(a) Sekiranya penyiapan kerja telah terlambat dan Kontraktor tidak layak diberi Lanjutan Masa, kerugian atau gantirugi yang dialami oleh Kerajaan akibat kelambatan tersebut hendaklah ditanggung oleh Kontraktor. 

(b) Kerugian atau gantirugi itu didapatkan semula melalui pengenaan Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) iaitu melalui pengeluaran PKTS. 

(c) Sebelum Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) dikenakan kepada Kontraktor, pertimbangan sewajarnya perlu dibuat kerana ianya bukan penyelesaian terbaik bagi Kerajaan untuk menyiapkan kerja-kerja yang tergendala tersebut. Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) tidak seharusnya dikenakan bagi maksud mengenakan denda semata-mata atau pengajaran kepada Kontraktor sebaliknya ia dianggap sebagai pendorong kepada Kontraktor untuk menyiapkan kerja dengan segera. 

(d) Sekiranya difikirkan Kontraktor masih berupaya untuk menyiapkan kerja, Kontraktor boleh dibenarkan meneruskan kerja dengan mengenakan Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD). 

(e) Tindakan mengenakan Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) tidak mendatangkan faedah sekiranya kemungkinan besar Kontraktor tidak boleh menyiapkan kerja kerana Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) menambahkan bebanan ke atas Kontraktor dimana besar kemungkinannya sedang menghadapi masalah kewangan. 

Untuk maklumat lanjut http://borak-qs.blogspot.my/

11,090 points 10 33 77 1 flag
0
Bagi saya sebagai orang baru dalam JKR ini, Saya berpendapat bahawa lebih baik sekiranya Ukur Bahan membuat semakan kewangan dahulu sebelum sesuatu LAD dikenakan kepada kontraktor.

Contohnya:

1. Pengiraan baki bayaran yang masih ada.

2. Jumlah LAD yang akan dikenakan nanti (bergantung kepada jumlah hari yang difikirkan perlu oleh Pegawai Penguasa)

Selepas semua perkara diatas ini diambil kira, barulah LAD dikenakan kepada pihak kontraktor tersebut.
0
Saya syorkan jangan bergantung sepenuhnya kepada pihak QS, wakil SO perlu memahami klausa kontrak yang telah diperuntukkan;

1. Memang perlu kira bayaran yang telah dibuat berbanding jumlah kontrak semasa

2. Jumlah LAD ada formula kiraan yang telah ditetapkan di dalam Syarat - Syarat Kontrak 203A & 203 R&B bagi LAD No.1 tetapi sekiranya terdapat separa penyerahan; kiraan LAD akan dibuat berdasarkan baki kerja yang masih belum siap berbanding kos kontrak semasa

3. Jumlah hari yang difikirkan oleh SO perlu persetujuan bersama pihak kontraktor dan wakil Agensi Pelanggan kerana kadang kala JKR buat keputusan tanpa merujuk agensi pelanggan dan akan terdapat masalah semasa nak buat  Penyerahan Projek & Final Account.
2 votes
merujuk kepada kontrak, tempoh LAD bermula apabila CNC(Certificate of Non Completion) dikeluarkan oleh Pegawai Penguasa (SO)

CNC dikeluarkan apabila sesuatu projek pembinaan gagal disiapkan pada tarikh penyiapan dalam kontrak(Date of Completion)

perlu diambil perhatian bahawa DOC boleh berubah jika SO memberi lanjutan masa(EOT) atas sebab-sebab yang boleh diterima (relevant events EOT boleh rujuk kontrak). apabila EOT , maka DOC baru perlu dipatuhi oleh kontraktor.

Tempoh LAD akan berterusan BERMULA dari tarikh CNC dikeluarkan dan BERAKHIR apabila sijil Certificate of Practical Completion (CPC) dikeluarkan oleh SO.
180 points 1 1 5
1 vote
Mengikut Borang JKR  203, LAD adalah bagi tempuh tertentu setelah Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) dikeluarkan. LAD adalah bagi tempuh tertentu bertujuan tempuh bagi membaiki sebarang kecacatan yang dikesan berlaku selepas CPC dikeluarkan.
1,710 points 3 6 20
...