Langkah Awal/Pertimbangan Yang Harus Diambilkira Semasa Menentukan Sama Ada Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) Akan Dikenakan sekiranya Sijil Perakuan Kerja Tak Siap (CNC) telah dikeluarkan;
(a) Sekiranya penyiapan kerja telah terlambat dan Kontraktor tidak layak diberi Lanjutan Masa, kerugian atau gantirugi yang dialami oleh Kerajaan akibat kelambatan tersebut hendaklah ditanggung oleh Kontraktor.
(b) Kerugian atau gantirugi itu didapatkan semula melalui pengenaan Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) iaitu melalui pengeluaran PKTS.
(c) Sebelum Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) dikenakan kepada Kontraktor, pertimbangan sewajarnya perlu dibuat kerana ianya bukan penyelesaian terbaik bagi Kerajaan untuk menyiapkan kerja-kerja yang tergendala tersebut. Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) tidak seharusnya dikenakan bagi maksud mengenakan denda semata-mata atau pengajaran kepada Kontraktor sebaliknya ia dianggap sebagai pendorong kepada Kontraktor untuk menyiapkan kerja dengan segera.
(d) Sekiranya difikirkan Kontraktor masih berupaya untuk menyiapkan kerja, Kontraktor boleh dibenarkan meneruskan kerja dengan mengenakan Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD).
(e) Tindakan mengenakan Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) tidak mendatangkan faedah sekiranya kemungkinan besar Kontraktor tidak boleh menyiapkan kerja kerana Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) menambahkan bebanan ke atas Kontraktor dimana besar kemungkinannya sedang menghadapi masalah kewangan.
Untuk maklumat lanjut http://borak-qs.blogspot.my/