Saya sangat menyokong cadangan ini sebagai salah satu usaha dalam menaikkan imej JKR. Saya yakin JKR mempunyai banyak bahan bersejarah dari seawal penubuhan pada tahun 1872 dan JKR telah berusia 145 tahun. Lokasi Muzium JKR yang paling sesuai diwujudkan adalah di Menara Kerja Raya (Blok G), Jabatan Kerja Raya Malaysia, Kuala Lumpur.
Bahan-bahan yang boleh dipamerkan adalah seperti gambar-gambar pejabat JKR lama, kelengkapan jentera lama, pakaian seragam JKR, gambar-gambar semasa pembinaan projek yang dilaksanakan oleh JKR, tragedi-tragedi yang menimpa pegawai-pegawai JKR seperti Pembinaan Lebuhraya Timur Barat pada tahun 1967. Selain itu,ia boleh mempamerkan peranan JKR dalam operasi bencana sehingga ke hari ini.
Malah, Muzium JKR ini boleh dianggap seakan-akan tugu memperingati pengorbanan, peranan dan kejayaan yang dilakukan oleh JKR sama ada semasa negara sedang aman atau ketika darurat.
Diharap cadangan ini dapat dinilai di peringkat pengurusan atasan JKR supaya impian mengwujudkan Muzium JKR menjadi kenyataan.